AntarabangsaIsu Semasa

Norway: Jawab ‘Kuiz’ Sebelum Memberi Komen Terhadap Berita

Awal tahun ini, sebuah syarikat penyiaran di Norway, NRK, mengambil langkah proaktif dalam menentukan siapa yang boleh memberi komen terhadap berita yang disiarkan.

Memetik laporan Independent UK, pembaca yang ingin memberi komen/pandangan mereka terhadap artikel-artikel yang diterbitkan oleh NRK akan ‘dipaksa’ untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar memahami topik tersebut dengan menjawab beberapa quiz yang disediakan.

Pencipta kuiz tersebut berharap bahawa teknik ini akan memastikan supaya semua orang yang mengisi ruangan komen sesuatu berita itu memberi pandangan yang betul dan tidak lari daripada topik.

Mereka juga mempercayai bahawa dengan memaksa pembaca mengambil 15 saat untuk menjawab kuiz tersebut akan memberi mereka masa untuk menenangkan diri sebelum memberi maklum balas.

Ini akan ‘menghalang’ orang ramai untuk tidak memberi komen-komen yang diisi dengan perasaan marah.

Kuiz berkenaan merangkumi 3 soalan objektif ringkas, dan mereka perlu memberi jawapan yang betul untuk mendapat akses kepada ruangan komen.

“Sekiranya semua orang boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh artikel tersebut, mereka mempunyai asas yang lebih baik untuk memberi ulasan mengenainya,” kata wartawan, Ståle Grut.

Sistem kuiz ini digunakan di laman NKRbeta, tetapi kadang kala, berita-berita diterbitkan di laman web utama atau laman web lain, dan ini selalunya akan ‘menarik’ pembaca-pembaca yang sedang marah.

Banyak laman web telah membuang komen-komen tersebut kerana ia amat sukar untuk dijaga dan cenderung untuk berubah menjadi negatif dengan cepat.

Laman web lain juga telah cuba menangani masalah ini dengan menggunakan teknologi berbeza.

Pada bulan Mac, Google menyatakan bahawa mereka telah mencipta kecerdasan buatan (AI) yang mampu membaca komen-komen yang diberi dan mengenal pasti sama ada ia ‘bahaya’ atau tidak.

Sumber: Independent UK
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker