Sukan

Empat Juara Dunia Dalam Masa Empat Bulan

Tahun ini merupakan tahun sukan yang membanggakan Malaysia. Kita melihat bendera Malaysia berkibar di podium serta Negaraku berkumandang di acara sukan berprestij dunia yang menyaksikan perlawanan antara atlet-atlet hebat dunia. Semuanya adalah usaha gigih empat para atlet ini.

  1. Azizulhasni Awang 

Pada April yang lalu, Azizulhasni Awang yang juga dikenali sebagai Pocket Rocketman telah menjadi ‘Juara Keirin di World Track Cycling Championship’ yang berlangsung di Hong Kong. Dengan ketinggian hanya 1.68 meter, beliau berjaya membuktikan bahawa saiz kecil berbanding pemain Eropah lain bukanlah penghalang untuk beliau meraih kejayaan.

2. Ziyad Zolkefli

Pada tahun lalu, beliau memenangi emas dalam Rio Paralimpik dan pada tahun ini sekali lagi beliau mencipta kejayaan serta memecahkan rekodnya sendiri dalam acara lontar peluru F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London sekali gus menjadi juara dunia dalam acara tersebut.

Lontaran emas sejauh 17.29 meter yang memecahkan rekod yang dipegangnya pada Paralimpik Rio dengan pencapaian 16.84meter mengesahkan kejuaraan untuk beliau dan mengatasi pesaing dari Ecuador, Stalin David Mosquera (16.72m) dan Tot Hodgetts dari Australia (15.96m).

3. Abdul Latif Romly

12 jam setelah kejayaan Ziyad, Abdul Latif pula memenangi emas dalam acara lompat jauh T20. Beliau telah melompat sejauh 7.37meter dan memperbaharui rekod persendiriannya sebelum ini iaitu 7.35meter.

4. Cheong Jun Hoong

Atlet terjun negara ini telah mengejutkan ramai apabila memenangi emas dalam acara terjun 10meter platform yang sering didominasi oleh atlet dari China.  Beliau melakarkan kejayaan tersebut di  Kejohanan Akuatik Dunia yang berlangsung di Budapest, Hungary.

Jun Hoong memenangi pingat emas itu selepas meraih 397.50 mata, menumpaskan juara Olimpik, Ren Qian yang sekadar berpuas hati meraih pingat gangsa (391.95 mata).

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker