AntarabangsaIsu Semasa

China: Ramai Pasangan Mahu Lebih Daripada Satu Anak

China memperkenalkan dasar satu anak pada lewat tahun 1970-an, di mana setiap pasangan di bandar hanya dibenarkan untuk mempunyai seorang sahaja cahaya mata.

Langkah tersebut dikuatkuasakan pada waktu itu untuk mengawal kadar populasi negara yang meningkat dengan pesat.

Pasangan suami isteri di kawasan pedalaman pula dibenarkan untuk memiliki anak kedua, hanya jika anak pertama mereka adalah perempuan.

Dalam segelintir wilayah pula, pasangan boleh menimang lebih daripada dua orang cahaya mata.

Walau bagaimanapun, China telah memansuhkan dasar tersebut dan memperkenalkan dasar dua anak pada bulan Januari 2016 untuk menangani krisis kekurangan tenaga kerja dan jumlah warga tua yang semakin meningkat.

Pada 5 bulan pertama tahun ini, lebih setengah (57.7%) daripada jumlah keseluruhan kelahiran melibatkan anak kedua (atau lebih).

Menurut Naib Menteri Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan (NHFPC), Wang Peian, jumlah kelahiran di hospital tempatan antara bulan January hingga Mei itu adalah 7.4 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Tahun lepas, jumlah keseluruhan kelahiran adalah 18.5 juta, iaitu kadar yang tertinggi sejak tahun 2000.

Lebih daripada 99% bayi di China dilahirkan di hospital dan dasar dua anak itu telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Wang berkata, walaupun terdapat penurunan dalam jumlah wanita yang subur, jumlah kelahiran bayi tetap meningkat.

Namun, negara itu akan menghadapi beberapa cabaran kesihatan dalam tahun-tahun yang akan datang disebabkan peningkatan jumlah kehamilan.

Pegawai Kesihatan dan doktor berkata, ramai ibu yang mengandung berusia atas 35 tahun, dan jumlah golongan ini dijangka akan kekal pada kadar 3 juta orang menjelang tahun 2020.

Menurut Ma Xiaowei, seorang lagi naib menteri NHFPC, ramai pasangan yang lahir pada tahun 1970-an kini tergesa-gesa untuk mendapatkan anak kedua sebelum terlambat.

Di Guilin, lebih daripada 28% wanita yang melahirkan anak pada tahun lepas mempunyai risiko lebih tinggi dalam kehamilan dan melahirkan anak, dan umur menjadi antara faktor utama.

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button