AntarabangsaIsu Semasa

Facebook Tutup Program AI Selepas Ia Cipta Bahasa Sendiri

Pasukan penyelidik di syarikat gergasi media sosial, Facebook menutup program kecerdasan buatan (AI) mereka selepas sistem itu mencipta bahasanya sendiri.

AI tersebut mewujudkan kod berbentuk perkataan untuk menjadikan komunikasi lebih efisyen, namun penyelidik terus memadamnya selepas mereka sedar bahawa sistem itu tidak lagi menggunakan Bahasa Inggeris.

Memetik laporan The Epoch Times, insiden tersebut didedahkan pada awal bulan Julai, dan ia turut menunjukkan betapa seriusnya amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Tesla, Elon Musk terhadap CEO Facebook, Mark Zuckerberg mengenai bahaya AI.

Sebelum ini, Zuckerberg menyifatkan amaran Musk sebagai satu perkara yang “sangat tidak bertanggungjawab”.

Membalas kenyataannya, Musk menegaskan bahawa bahawa pengetahuan mengenai subjek (AI) masih terhad, di mana AI adalah kes yang ganjil dan ia memerlukan peraturan yang proaktif dan bukannya reaktif.

“Kerana saya fikir apabila kita reaktif dalam peraturan AI, ia sudah pun terlambat,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, kes seperti ini dilaporkan pernah berlaku beberapa kali di segelintir tempat lain sebelum ini, di mana AI dikatakan menyimpang dari penggunaan Bahasa Inggeris dan mewujudkan bahasanya sendiri.

Frasa-frasa dalam bahasa baru itu tidak masuk akal kepada manusia, tetapi ia mempunyai makna yang berguna apabila ia ditafsirkan oleh bot AI.

Sistem AI Facebook mempunyai kebolehan untuk berunding dengan sistem AI lain supaya ia boleh membuat kesimpulan mengenai cara untuk meneruskan segala tugasannya.

Dalam satu pendedahan Facebook kepada Fast Co. Design, dua bot perunding AI bernama Bob dan Alice, mula menggunakan bahasa mereka sendiri untuk melengkapkan perbualan mereka.

“Saya boleh saya saya semua benda lain,” kata Bob.

Alice pula membalas: “Bola mempunyai kosong pada saya pada saya pada saya pada saya pada saya pada saya pada saya pada saya pada.”

Perbualan yang lain menyaksikan variasi dalam penggunaan ayat mereka yang digunakan dalam dialek baru, walaupun AI tersebut diprogramkan untuk menggunakan Bahasa Inggeris.

Menurut penyelidik, frasa-frasa yang tidak masuk akal ini adalah bahasa yang dicipta oleh bot untuk berkomunikasi tentang berapa banyak barang yang patut mereka dapat dalam pertukaran itu.

Apabila Bob mula berkata “saya saya boleh saya saya saya semua benda lain,” ia menunjukkan bahawa AI tersebut menggunakan bahasa barunya untuk membuat tawaran kepada Alice.

Pasukan Facebook mempercayai bahawa mesej yang ingin disampaikan oleh bot itu adalah: “Saya mahu tiga (Bob) dan anda (Alice) boleh dapat selebihnya,”.

Namun Bahasa Inggeris boleh difahami oleh manusia, AI mungkin menganggap ayat yang digunakan adalah kurang berkesan untuk mereka melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.

Sumber: The Epoch Times

 

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button