AntarabangsaIsu SemasaPolitik

China Akan Kekalkan Kestabilan Laut Cina Selatan

Minggu lepas, Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan bahawa Beijing ingin mengekalkan kestabilan di Laut Cina Selatan.

Mereka juga sedang mencari sekutu di rantau tersebut susulan ketegangan di kawasan perairan yang dipertikaikan itu.

Amerika Syarikat (AS) telah mengkritik China kerana mengabaikan undang-undang antarabangsa dengan membina pulau-pulau buatan manusia di Laut Cina Selatan dan melaksanakan pentadbiran tentera.

AS menyifatkan langkah tersebut sebagai satu tindakan yang “menjejaskan kestabilan serantau.”

China menuntut kebanyakan daripada perairan yang kaya dengan tenaga itu, di mana

Negara-negara berjiran seperti Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan masing-masing.

Walau bagaimanapun, Thailand tidak masuk campur dalam pertikaian kawasan perairan tersebut dan sentiasa mengekalkan pendirian neutral terhadap perkara itu.

Wang, dalam satu lawatan rasmi ke Bangkok, memaklumkan bahawa China ingin mengekalkan kestabilan di kawasan perairan tersebut dengan mematuhi syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam pengisytiharan tata kelakuan rasmi dalam masa terdekat.

Pada bulan Mei, China dan negara-negara Asia Tenggara telah bersetuju dengan rangka kerja yang untuk kod tingkah laku di lautan tersebut.

“China dan Thailand seperti adik-beradik,” kata Wang.

Dalam pada itu, Menteri luar Thailand, Don Pramudwinai turut memuji hubungan diplomatik mereka dengan China.

Beliau berkata, hubungan kedua-dua negara itu “tidak mempunyai sebarang halangan” di antara mereka.

Tahun ini, Thailand meluluskan pembelian submarin, kereta kebal dan helikopter China yang bernilai lebih daripada AS$ 500 juta (RM 2.1 bilion).

Bulan lepas, Thailand juga meluluskan pembinaan fasa pertama sebuah projek kereta api bernilai AS$ 5.5 bilion (RM 23.5 bilion) untuk menghubungkan pesisir timur perindustrian dengan selatan China menerusi pelabuhan Laos, sebahagian daripada inisiatif One Belt One Road.

Sumber: The Star
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button