FesyenGaya Hidup

Pendandan Rambut Lakar Potret Di Kepala Pelanggan

Di sebuah bandar yang penuh dengan pendandan rambut, Muhammad Khaled Omar antara yang menonjol. Omar, 26 tahun, adalah penggaya rambut warga Palestin-Syria yang terkenal kerana mencorakkan wajah selebriti pada rambut pelanggan.

Pada hari Jumaat baru-baru ini di salonnya di Beirut, Omar melakar potret Presiden AS, Donald Trump di atas kepala seorang pelanggan muda. Dengan ketepatan pelukis, dia mencipta riak muka Presiden, dengan potongan yang berbeza panjang untuk menonjolkan imej ang dipilih. Semburan pewarna rambut emas ditambah untuk menghidupkan karakter di kepala.

Omar memulakan profesion ini ketika berada di gred 9. Sambil belajar di sekolah, dia turut belajar untuk memotong rambut. Lelaki ini juga mempunya bakat  melukis pada usia muda.

Omar dibesarkan di kem pelarian Yarmouk di Damsyik, Syria, tetapi berpindah ke Lubnan pada tahun 2011 selepas tindakan keras terhadap demonstrasi di Syria semakin ganas. Omar berkata kerjaya beliau dalam gaya rambut adalah lanjutan dari semangatnya dalam bidang seni.

Di Timur Tengah, salun rambut berfungsi sebagai pusat sehenti untuk kawan-kawan berkumpul dan bergosip di hujung minggu. Kedai rambut ini biasanya diasingkan antara lelaki dan wanita.

Omar menguruskan salonnya sendiri di kem pelarian Bourj al-Barajneh di selatan Beirut, yang ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menampung rakyat Palestin. Penduduk perkampungan telah dipenuhi dengan kehadiran pelarian Syria yang datang untuk melarikan diri dari keganasan perang.

Omar berharap seseorang akan melabur dalam kerjanya dan menaja beliau untuk berpindah ke Eropah dan mengembangkan bakatnya di sana. Hasrat dan impian utamanya adalah untuk membuktikan bakatnya bukan sia-sia.

 

Sumber: timesofindia

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button