AntarabangsaIsu Semasa

Haiwan Peliharaan Itik Untuk Melegakan Tekanan?

Seorang pesara tentera di Ohio telah berusaha menentang undang-undang tempatan untuk mengekalkan haiwan peliharaan itik yang dikatakan dapat membantu melegakan gangguan tekanan selepas trauma  (PTSD) dan kemurungan yang dialaminya,  kini berjaya dalam mengekalkan mereka sebagai haiwan peliharaan miliknya.

The Coshocton Tribune melaporkan Majlis Desa Lafayette Barat pada minggu ini  telah mengizinkan Darin Welker mengekalkan itik-itiknya di bawah peraturan yang melarang kehadiran haiwan ternakan di kampung itu, kira-kira 80 batu (128 kilometer) di timur Columbus.

Veteran Perang Iraq Darin Welker mengendong salah seekor itik yang ada di rumahnya di West Lafayette, Ohio.

Ahli-ahli Majlis Desa West Lafayette telah mengundi pada 18 Julai 2017 yang lalu untuk memberikan sebuah variasi yang membenarkan Welker untuk menjaga haiwan peliharaannya yang dia katakan dapat membantu melegakan gangguan tekanan dan kemurungan post-traumatiknya, lapor Coshocton Tribune.

Welker telah disabitkan pada tahun 2014 kerana salah laku melanggar undang-undang tentang larangan mempunyai haiwan ternakan. Mahkamah Rayuan Negeri kemudian mengekalkan sabitannya dan Mahkamah Agung Ohio enggan mendengar rayuannya.

Itik kepunyaan veteran Darin Welker menjelajah ke halaman belakang rumahnya

Welker mengatakan bahawa enam ekor itiknya mempunyai unsur-unsur  terapi.

Beliau telah berkhidmat sebagai tentera darat di Iraq dan telah dilepaskan daripada tugas atas sebab-sebab perubatan oleh Pengawal Kebangsaan Ohio. Doktornya mengatakan itik-itik tersebut telah membantu dalam mengubati keadaannya.

Sumber: Foxnews

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker