Isu SemasaTempatan

Mengunci Tayar Cara Terbaik Mendidik Orang Awam

Mengunci tayar kenderaan yang diletakkan secara salah adalah lebih berkesan daripada mengenakan kompaun, kata perunding Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Nik Haidi Nik Mohamad.

YWP, pusat kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan, dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun lepas untuk menyelaraskan sistem letak kereta yang mencabar di bandar ini.

“Ramai orang tidak mengambil serius denda tempat letak kereta yang dikenakan DBKL apatah lagi tentang kewajipan membayar denda tersebut.

Mengunci tayar lebih baik daripada mengenakan kompaun

“Ini terbukti apabila dibandingkan peratusan mereka yang membayar saman berbanding mereka  yang membayar kompaun kerana tayar kenderaan dikunci.

“Dari 1 Okt 2015 hingga 31 Jan 2016, hanya 11% denda telah diselesaikan, manakala 99.5% daripada mereka yang tayar kenderaannya dikunci dari September tahun lepas hingga 24 Februari membayar denda itu.

“Kadang-kadang pasukan penguat kuasa mengumumkan kehadiran mereka dengan menggunakan pembesar suara bahawa latihan penguatkuasaan sedang dilakukan untuk mengingatkan pemandu kenderaan untuk membayar yuran parkir mereka.

“Peringatan itu  hanya berkesan ke atas sesetengah orang. Mereka yang menunggu di tepi jalan atau melakukan parkir berganda (double parking) serta ketika itu sedang berada di dalam kenderaan mereka akan memindahkan kenderaan mereka kemudian kembali ke  tempat yang sama sebaik sahaja kita meninggalkan kawasan tersebut.

“Itulah sebabnya mengapa mengunci tayar lebih berkesan. Sesiapa yang kenderaannya dikunci perlu membayar RM50 untuk membuka kunci tersebut. Tambahan denda RM50 lagi kerana mereka meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya.

“Pemandu diwajibkan membayar denda di tempat kejadian dan kebanyakan mereka menyelesaikan denda itu dengan segera.

“Kami hanya mengunci kira-kira 25 hingga 35 kenderaan secara purata sehari walaupun kami sebenarnya dapat buat lebih banyak daripada ini.

“Selain memastikan pengguna supaya meletakkan kereta secara bertanggungjawab, matlamat kami adalah untuk mendidik para  pengguna jalan dengan menjadikan mereka yang  melakukan kesalahan sebagai tauladan, katanya.

Nik Haidi berkata dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, tidak akan ada ruang letak kereta yang mencukupi di bandar.

“Sebaiknya, pemandu perlu merancang perjalanan mereka dengan lebih baik dengan memilih waktu bukan puncak atau pengangkutan awam ” katanya.

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button