Teknologi

Kerusi Roda ‘hands-free’ Memberi Golongan OKU Kebebasan

Setelah hampir 20 tahun bekerja dengan golongan remaja berkerusi roda, Mario Vigentini ingin merevolusikan kualiti kehidupan mereka dengan mencipta peranti yang membolehkan kedudukan pengguna ditinggikan sehingga mereka boleh bersemuka dengan orang yang berdiri.

Inspirasi daripada Segway

Warganegara Itali itu mendapat inspirasi daripada Segway iaitu sejenis kenderaan dijana tenaga elektrik beroda dua dan boleh mengimbangi dirinya sendiri. Ia membolehkan pelawat melawat sekitar bandar tanpa berjalan.

Dia kemudian berjaya mencipta “MarioWay”, sebuah kerusi mempunyai dua roda, di mana orang hanya perlu  duduk dengan lutut mereka dihadang  dan tidak perlu menggunakan tangan untuk menggerakkan roda.

Dengan kerusi yang tinggi, ia membolehkan pengguna melakukan segala-galanya seperti memesan kopi di bar dan mengambil buku dari rak yang tinggi.

Gambarajah menunjukkan struktur tubuh individu apabila menggunakan Marioway

Kerajaan Itali sangat kagum dengan ciptaan ituserta dengan bangga mempamerkan kerusi tersebut kepada Menteri Pengangkutan G7 pada Jun lalu.

Matlamat ciptaan ini adalah untuk mewujudkan “alat integrasi sosial”, kata Vigentini.

Individu berusia 45 tahun itu dapati  bekerja dengan orang muda yang mempunyai kecacatan mental dan fizikal sebagai sebuah “pengembaraan yang luar biasa”, tetapi kecewa dengan prejudis masyarakat yang dihadapi mereka.

“Selalunya orang  awam mendekati mereka seperti kanak-kanak,” ini mungkin kerana mereka lebih hampir dengan lantai jadi mereka kelihatan seperti kebudak-budakan.

“Sembilan daripada sepuluh orang  memandang saya seolah-olah saya berasal dari planet lain apabila saya ceritakan idea ini kepada mereka,” katanya.

Namun begitu, beliau telah dipujuk  untuk membawa idea tersebut ke sebuah pertandingan start-up di Naples pada 2012, ciptaannya telah berjaya ke peringkat akhir.

Membaiki keadaan pengguna kerusi roda

Yakin dengan kejayaaannya, dia menubuhkan sebuah pasukan untuk mengkaji ciri-ciri ergonomik yang terlibat dan melibatkan 12 orang kurang upaya sebagai penyumbang bagi kajian ini.

Pengguna kerusi roda tradisional duduk dalam keadaan yang sedemikian supaya “organ-organ di bahagian atas badan termampat”, manakala “hampir keseluruhan berat badan terletak pada ischium” – bahagian bawah dan belakang tulang pinggul.

Kedudukan ini “memburukkan lagi keadaan penyakit orang kurang upaya dan mengakibatkan masalah lain seperti penghadaman, pernafasan, penyingkiran air kecil atau peredaran darah”, katanya sambil menambah ia juga menyebabkan kemerosotan otot kaki.

Namun untuk pengguna ciptaan Vigentini, “bahagian atas tubuh diluruskan”, menguatkan otot yang tidak digunakan apabila kerusi roda tradisional digunakan.

Kerusi itu boleh bergerak selaju 20km sejam dengan bateri yang boleh bergerak sejauh 30km.

Teknologi membaca kedudukan tubuh badan

Ia dilengkapi dengan ” teknologi yang boleh membaca kedudukan tubuh badan”, jadi “jika saya menggerakkan bahagian atas tubuh  saya sedikit ke depan, MarioWay akan sedikit kehadapan”, kata Flaviano Tarducci, pengurus pembangunan perniagaan syarikat itu.

“Sama juga jika ingin bergerak ke belakang, manakala untuk pergi dari kiri ke kanan atau sebaliknya anda perlu gerakkan pelvis anda sedikit ke kiri atau kanan,” katanya.

Vigentini berharap untuk membantu menghapuskan stigma individu-individu kerusi roda yang masih wujud selama hampir satu abad.

Contoh penggunaan kerusi roda Marioway

Dalam mencari unsur ‘hebat’, pasukannya telah berkongsi-kongsi maklumat dengan syarikat yang melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal Harley Davidson.

Hub yang dikuatkan secara thermal dan kerusi yang dijahit dengan tangan  tidaklah murah. MarioWay telah dijual beberapa minggu  lalu pada harga € 19,300 (RM96,791) sementara kerusi roda elektrik standard berharga antara € 1,500 dan € 30,000.

Tetapi Vigentini berkata beliau dan pasukannya sedang “melakukan segala yang boleh” untuk menurunkan harga sehingga  sekitar € 10,000 euro dengan menandatangani perjanjian dengan rakan kongsi penghasil barang-barang elektronik tersebut.

Beliau  berharap suatu hari nanti orang yang normal juga akan menggunakan MarioWay sebagai cara untuk berjalan-jalan di sekitar bandar, sama seperti basikal atau Segway yang boleh membantu menghapuskan perbezaan antara mereka yang kurang upaya dan individu-individu normal.

Sumber:  The Sun daily

Show More

Related Articles

Back to top button