Bisnes & Ekonomi

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wang Tak Dituntut

Baru-baru ini viral di media sosial tentang wang tak dituntut (WTD). Dimaklumkan jumlah WTD sehingga hari ini bernilai RM5.6 billion! Kesemua wang ini dikendalikan oleh Jabatan Akauntan Negara.

APA ITU WANG TAK DITUNTUT?

WTD adalah wang yang sepatutnya dibayar kepada pemilik akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang setahun. Ianya boleh datang hasil daripada gaji, komisen, upah atau bonus daripada majikan kepada kakitangannya.

Selain itu, WTD boleh juga boleh jadi wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh pemilik dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun. Ianya sama ada akaun simpanan, akaun semasa atau akaun simpanan tetap.

WTD juga boleh datang hasil daripada wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Contohnya akaun pemiutang dagangan atau akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

 

WTD tertakluk di bawah Seksyen 13 (1), Akta WTD 1965 iaitu:

  • Apabila Pendaftar WTD berpuas hati bahawa pemohon adalah pemilik yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
  • Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah pemilik sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
  • Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
  • Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan.

SEMAKAN DAN PROSES BAYARAN SEMULA WTD

Portal rasmi WTD akan mula beroperasi secara online bermula tahun hadapan. Buat masa sekarang pengguna boleh membuat semakan di semua pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negara.

Jangan terpedaya sekiranya terdapat mana-mana agensi atau individu menawarkan khidmat pengurusan WTD kerana Kementerian Kewangan atau  Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut ini.

 

Sumber: negaraku.co

Show More

Related Articles

Back to top button