AntarabangsaIsu Semasa

UK: Berapa Ramai Orang Terkorban Akibat Serangan Pengganas?

Statistik jumlah kematian akibat keganasan mengikut tahun di UK – Sumber: www.telegraph.co.uk

United Kingdom (UK) digemparkan dengan beberapa siri serangan pengganas pada tahun ini, termasuk pengeboman di konsert Ariana Grande di Manchester, dan insiden seorang lelaki merempuh orang-orang Islam menggunakan van di Finsbury Park.

Perdana Menteri, Theresa May telah mempengerusikan sebuah mesyuarat bersama jawatankuasa kecemasan bergelar ‘Cobra’ sebagai tindak balas terhadap serangan itu dan mengecam insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa jumlah orang yang terbunuh disebabkan serangan pengganas di UK masih berada pada tahap yang rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Berdasarkan statistik Pangkalan Data Keganasan Global (GTD), seramai 90 orang telah terbunuh dalam insiden berkaitan keganasan antara tahun 2000 hingga 2015.

Walaupun bukan di tanah Britain, 30 orang warganegara itu telah terkorban di Tunisia apabila seorang lelaki bersenjata menyerang sebuah hotel yang popular dalam kalangan pelancong Barat.

Era 70-an, 80-an, dan 90-an menyaksikan pembunuhan yang lebih teruk, di mana sebanyak 1,094 kematian dicatatkan dalam tempoh 15 tahun, iaitu dari 1985 hingga 1999, dan 2,211 kematian antara tahun 1970 dan 1984.

Tahun yang menyaksikan kematian berkaitan keganasan di UK adalah pada tahun 1988, apabila 372 orang terkorban pada waktu itu, dan majoriti daripada jumlah tersebut maut dalam insiden pengeboman Lockerbie.

Dalam insiden berkenaan, 270 orang mangsa terbunuh apabila penerbangan transatlantik Pan Am musnah akibat letupan bom.

Sejak tahun 1970, Ireland Utara mencatatkan kes kematian berkaitan keganasan yang terbanyak berbanding mana-mana negara di UK, dan serangan dilakukan oleh kumpulan pengganas bergelar Tentera Republik Ireland (IRA).

Secara keseluruhan, UK menghadapi kes kematian terbanyak pada tahun 1970 dengan jumlah 3,395.

Sepanyol berada pada tangga kedua, di mana sebanyak 1,261 kematian dicatatkan sejak tahun 1970. Tahun 2004 pula merupakan tahun terburuk buat Sepanyol apabila 192 terkorban akibat pengeboman di Madrid.

Di Perancis, tahun terburuk disebabkan keganasan adalah pada tahun 2015 apabila 9 anggota pengganas membunuh 130 orang di pelbagai lokasi di sekitar Paris.

Menurut kajian daripada BuzzFeed, purata kematian akibat keganasan di UK sejak 10 tahun lalu adalah 1.4 kematian.

Ini bermakna bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk mati akibat dibunuh oleh anjing (18 kematian setahun), air panas (100 kematian setahun) atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu (2,920 kematian setahun).

Sumber: Telegraph UK
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker