SukanTempatan

Wira-Wira Olimpik Malaysia Yang Dilupakan

Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah Sukan SEA selepas 16 tahun. Ia sangat memalukan apabila wira sukan kita masa lalu tidak diberi pengiktirafan dan ganjaran untuk sumbangan mereka.

Ng Joo Pong atau dikenali sebagai Joe dikalangan rakan-rakannya, menderita strok dua tahun lalu yang merosakkan badannya dan melemahkan lagi kakinya, yang telah patah dua kali – pada tahun 1998 dan pada tahun 2005.

Insiden pertama berlaku apabila beliau jatuh ketika berjoging dan insiden kedua berlaku apabila beliau tergelincir di lantai pasar.

Bekas atlet Olimpik yang berusia 66 tahun itu dulu bekerja sebagai pemandu teksi. Tetapi sekarang dia menggunakan tongkat untuk berjalan. Walaupun keadaan badannya tidak seperti dulu, semangatnya tetap teguh.

Beliau mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 1964 dan Sukan Olimpik Mexico pada tahun 1968 dan memenangi pelbagai pingat emas, termasuk dalam acara jarak jauh Sukan Asia 1966.

Walaupun pergerakannya yang terhad, Joo Pong masih menyayangi sukan itu.

Kejayaan

Rakan sejuangnya Hector Conrad Talalla yang berusia 71 tahun mengingati saat mereka membawa kemuliaan kepada negara dengan memenangi dua pingat emas dalam Kejohanan Berbasikal Asia pada tahun 1963 – dalam acara Team Time Trial 1,600m dan acara Pursuit 4,000m.

Joo Pong, Conrad, Jalalludin, Hamzah dan Andrew memenangi emas dan Conrad, Wai Meng, Ahmad dan Rosli turut meraih emas untuk perlumbaan Team Pursuit.

Ia adalah hari yang menggembirakan, kerana Conrad, Stephen dan Shaharuddin sebelum ini memenangi pingat gangsa untuk perlumbaan 4,800m, 1,600m dan 800m. Keesokan harinya Conrad meraih gangsa lain.

Ini adalah kali pertama seorang atlet Malaysia memenangi dua pingat emas dan dua gangsa dalam satu kejohanan peringkat Asia. Tiada siapa pernah pecah rekod ini sehingga ke hari ini.

Apa yang membuat kejayaan lebih hebat ialah Joo Pong dan Conrad hanya berumur 16 tahun ketika bertanding di peringkat Olimpik.

Dan seperti wira sukan era itu, mereka mencipta sejarah tanpa bantuan kewangan dari mana-mana organisasi peringkat kebangsaan atau negara, kerajaan, syarikat swasta, individu kaya atau sekolah mereka.

Keperitan

Joo Pong bermula dengan sebuah basikal buatan China yang dimenangi dari sekolahnya kerana menjual tiket undian Krismas paling banyak, dan kemudian membuat basikal lumba sendiri dari bingkai yang dibuang.

Bapanya menyokong semangatnya untuk berbasikal, tetapi hanya dengan syarat bahawa beliau juga membantu perniagaan keluarga selepas sekolah.

Bapa Conrad, sebaliknya, tekad menentangnya dan menggambarkannya sebagai pembaziran masa dan wang.

Ibu bapanya tidak memberi sokongan wang kepadanya, kecuali untuk makanan, yang hanya sepiring nasi dengan tomato sos atau ikan bilis.

Dia memungut besi-besi untuk menjual dan mengumpul wang untuk membeli basikal perlumbaan pertamanya.

Walaupun kehidupan yang sukar, kedua-dua cemerlang kerana tumpuan, disiplin dan pengorbanan yang mereka buat untuk mengembangkan kekuatan mental dan fizikal mereka untuk sukan itu.

Apabila mereka dipanggil untuk menjalani latihan, tiada elaun, makanan atau penginapan khas yang disediakan. Satu-satunya benda yang diberi percuma adalah air untuk menghilangkan dahaga mereka.

Mereka juga mempunyai kecederaan latihan yang mengerikan.

Conrad terjatuh semasa berlatih di Jalan Universiti di Petaling Jaya pada tahun 1964. Dahinya terpotong dan pecahan kaca dari cermin matanya tertanam di bawah mata kanannya.

Joo Pong, yang sering berlatih perlumbaan di belakang sebuah lori, terhempas ke belakang lori itu ketika enjinnya gagal tiba-tiba. Rahang beliau pecah, giginya hilang dan punggungnya cedera.

Tetapi selepas tiga minggu di hospital, dia kembali berbasikal dan menjalani latihan untuk Sukan Olimpik Mexico 1968.

Kecuali Joo Pong dan Conrad, semua ahli pasukan berbasikal kebangsaan yang digelar “Golden Squad” kini telah meninggal dunia.

Harapan

Pasukan berbasikal kebangsaan itu terdiri daripada Joo Pong, Conrad, Jalal-ludin Yusof, Aw Wai Meng, Shaha-ruddin Jaafar, Hamzah Ahmad, Stephen Lim, Ahmad Jaafar, N.A Rosli dan Andrew Michael.

“Tolonglah fikirkan tentang atlet yang telah berusia yang banyak mengharumkan nama negara dengan menggunakan sumber yang sedikit. Bukan sahaja sukan berbasikal tetapi sukan-sukan lain juga,” Joo Pong berkata. Hospital bilnya telah dibayar oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan ketika beliau dirawat untuk strok.

Conrad berkata beliau sangat sedih kerana dilupakan sebagai pahlawan.

“Pencapaian kami tidak pernah diiktiraf. Kami hanya boleh merayu kepada kerajaan untuk membantu kami dengan pertolongan berbentuk pencen sukan untuk membantu menampung kami hingga akhir, “katanya.

Memandangkan jumlah besar wang yang dibelanjakan untuk sukan, permintaan mereka hanya sedikit.

Sekiranya kita tidak mengambil berat terhadap mereka yang mengharumkan nama Malaysia pada masa lalu, kita tidak boleh mengharapkan generasi akan datang untuk mengingati atau menghormati wira sukan hari ini.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker