Gaya HidupKesihatan

Coklat Penawar Sakit Jantung?

Penyelidik perubatan telah mengenal pasti sebuah sebatian yang boleh  dimakan untuk mengurangkan risiko sejenis rentak jantung berbahaya yang boleh menyebabkan strok, demensia, kegagalan jantung berfungsi dan kematian pada masa muda yang tidak sepatutnya berlaku.

Dalam kajian terhadap 55,000 orang lelaki dan wanita Denmark yang diletakkan di bawah pemerhatian sehingga 16 tahun, didapati mereka yang menggunakan sebatian ini 20% kurang berkemungkinan mengalami penyakit jantung tersebut daripada mereka yang tidak mengambil sebatian ini.

Secara amnya, semakin tinggi dos yang diambil, semakin rendah risiko mereka berhadapan dengan penyakit ini.

Apakah penawarnya?  Coklat.

Bahan-bahan yang terkandung dalam coklat memang dikenali mempunyai ciri-ciri semulajdi yang boleh mengatasi masalah ini.

Sebagai contoh, coklat mengandungi flavanol. Ia boleh mengelakkan sejenis keradangan yang berkemampuan menyebabkan  kerosakan kepada tisu daripada berlaku.

Ia juga boleh bertindak balas ke atas darah beku yang terbentuk kerana degupan jantung tidak sekata boleh menyebabkan  darah terkumpul di dalam jantung.

Coklat mengandungi flavanol. Ia baik untuk kesihatan jantung

Hasil kajian itu diterbitkan minggu ini di dalam Heart Journal.

Namun begitu, sebelum anda mengambil keputusan untuk memborong setiap jenis coklat yang dijual di pasar raya, anda perlu ketahui  bahawa lebih banyak kajian terperinci perlu dijalankan untuk mengesahkan penemuan ini.

 Selain itu,  coklat mengandungi kandungan gula, lemak dan kalori yang tinggi.

Namun begitu, para penyelidik mengatakan pengambilan coklat dengan kandungan koko yang tinggi tetapi secara sederhana mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close