Isu SemasaTempatan

Anak Muda Malaysia Terima Anugerah Muhammad Ali

Usahawan sosial, John-Son Oei, 28, adalah antara pemenang Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali yang Ke-5.

Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Epic Collaborative akan menerima Anugerah Dedikasi iaitu salah satu daripada enam Anugerah Prinsip Teras pada 23 September ini di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat.

Antara inisiatif Epic Homes adalah memberi perlindungan kepada golongan kurang bernasib baik di Malaysia dengan membina rumah hanya dalam masa tiga hari sahaja.

Epic atau singkatan kepada Extraordinary People Impacting Community, telah memenangi pelbagai penghargaan dan mempunyai jumlah pengikut yang besar dalam kalangan belia sejak 2010.

Mereka telah membina lebih dari 100 buah rumah dengan bantuan 5,000 sukarelawan dari lebih 50 buah negara dan lebih 40 organisasi termasuk syarikat multinasional.

Oei yang cukup teruja apabila Epic diiktiraf di peringkat global, yakin bahawa anugerah ini menjadi galakan untuk terus memberi yang terbaik kerana Epic juga turut mewakili nama Malaysia dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Oei pada tahun 2016 telah disenaraikan sebagai perintis pemimpin muda di bawah Forbes 30 Under 30 Asia dalam kategori Usahawan Sosial.

Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali diwujudkan pada tahun 2013 sebagai satu cara untuk mengenali dan meraikan orang-orang yang berjiwa murni dari seluruh dunia.

Acara tahunan ini memberi penghormatan kepada orang-orang yang telah memberi sumbangan besar ke arah mendapatkan keamanan, keadilan sosial, hak asasi manusia dan modal sosial sama ada dalam komuniti mereka atau secara global.

Di samping Oei, lima orang pelajar muda dari seluruh dunia, berumur 30 tahun ke bawah, akan turut diberi penghargaan atas kerja-kerja kemanusiaan mereka.

Anugerah yang diterima adalah sejajar dengan bidang kerja dan bertepatan dengan enam Prinsip Teras Muhammad Ali: Keyakinan, Kepercayaan, Dedikasi, Memberi, Menghormati dan Kerohanian.

Hasil dana yang diperoleh semasa Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali akan digunakan sebagai  inisiatif pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan pameran.

Sumber: Thestar

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button