AntarabangsaIsu Semasa

Hotel Britain Latih Kakitangan Tangani Penghambaan Moden

Rangkaian hotel di Britain, Shiva Hotels, telah mengambil langkah proaktif dalam menangani penghambaan moden dengan melatih semua 400 kakitangan mereka cara untuk mengenal pasti tanda-tanda gejala itu.

Latihan ini merupakan sebahagian daripada kempen syarikat hotel tersebut dalam usaha menghapuskan kegiatan pemerdagangan manusia dalam sektor hospitaliti.

Tetamu dewasa yang daftar masuk hotel dengan kanak-kanak, tempahan secara tunai secara kerap,  atau daftar masuk lambat tanpa membawa bagasi merupakan antara tanda penghambaan moden di bawah garis panduan baru yang dikeluarkan kepada kakitangan di sana.

“Sebagai sektor perniagaan besar yang melibatkan jutaan orang, indstri hotel mempunyai peluang untuk bantu membendung jenayah-jenayah ini,” kata pengendali projek di Yayasan Shiva, Nishma Jethwa.

Setakat ini, seramai 81 pekerja hotel telah melalui latihan berdurasi 2 jam itu, di mana ia mengajar mereka untuk mengenal pasti petanda kegiatan perdagangan manusia seperti kewujudan dadah dan alkohol di dalam bilik, atau kanak-kanak yang menetap di sana.

Berdasarkan sebuah kajian pada tahun lepas, 93,000 orang dieksploitasi secara seksual dan 4,500 orang lagi menjadi menjadi buruh paksa di hotel-hotel sekitar Eropah pada setiap tahun.

Menurut pakar,  bilik hotel boleh digunakan untuk menyunting filem lucah, di mana wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi sindiket perdagangan manusia.

Ia juga boleh menjadi tempat ‘transit’ untuk sindiket sebelum mereka menjual mangsa untuk menjadi hamba seks atau buruh paksa.

Selain itu, kebanyakan hotel juga selalu bergantung kepada buruh asing dan berkemahiran rendah, dan ini meningkatkan risiko eksploitasi buruh dalam sektor ini.

Pada bulan November lepas, kumpulan hotel-hotel besar, termasuk Hilton dan Shiva Hotels, berikrar untuk memeriksa rantaian bekalan mereka jika terdapat kes buruh paksa, melatih kakitangan bagaimana untuk mengenal pasti dan melaporkan tanda-tanda pemerdagangan manusia, dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan tetamu.

Sumber: The Star

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close