Hiburan

Park Makrye: Selebriti Warga Emas Terkini Korea Selatan

Seorang bintang YouTube Korea Selatan yang paling hangat masa kini adalah nenek berusia 70 tahun. Kehangatan Park Makrye memberi nafas segar di alam media sosial yang sering mementingkan remaja yang memiliki wajah sempurna.

Masyarakat Korea Selatan suka menyaksikan video Park membuat tutorial mekap, berjumpa kawan lama atau mencuba pasta untuk kali pertama dalam hidupnya menerusi akaun Youtube “Grandma‚Äôs Diary”.

Walaupun bergelar selebriti, Park masih bangun sebelum subuh untuk berniaga di restorannya yang menyajikan kimchi. Belia Korea Selatan mendapati Park sangat lucu dan comel sehingga syarikat-syarikat besar seperti Samsung Electronics dan Lotte menjadikannya duta produk.

Sebelum menjadi bintang YouTube, Park berkata hidupnya umpama mati. Dia berfikir bahawa hidupnya sudah berakhir apabila dia berumur 70 tahun. Tetapi ketika dia mula menjadi terkenal, dia menyedari kehidupan bermula pada usia 71 tahun.

Populariti yang diraih Park mengubah persepsi bahawa warga emas di Korea Selatan sering menderita kemiskinan seperti yang digambarkan dalam media. Korea Selatan mempunyai kadar warga emas miskin yang tinggi di kalangan negara maju walaupun telah berusaha untuk menyediakan rangkaian keselamatan sosial yang lebih baik atau pekerjaan kepada warga tua.

Park didorong oleh cucunya untuk mula membuat video sebagai cara menghalang nyanyuk. Dia telah muncul dalam majalah bulanan wanita, mengacarakan pertunjukan membeli-belah di rumah untuk jenama Lotte dan akan muncul sebagai model dalam komersil YouTube untuk TV Samsung.

Januari lalu, Kim Yura, cucu Park yang berusia 27 tahun membawa neneknya ke Australia, sebagai hadiah untuknya menikmati usia senja. Sejak itu, hidup Park terus berubah.

Sebuah video ketika mereka melawat Cairns, Australia menunjukkan Park menggambarkan kali pertama menyelam di lautan dan berlari ke kolam renang seperti seorang kanak-kanak. Video itu menarik perhatian belia Korea Selatan dan kurang dari enam bulan kemudian, Park mempunyai kira-kira 400,000 pengikut di YouTube dan Instagram.

Park menjadi sangat popular kerana dia bercakap dengan jujur tentang perkara-perkara yang dirasakan sensitif oleh wanita. Park berani bercakap tentang topik sensitif terutama mengenai isu wanita.

 

Sumber: nytimes

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button