FesyenGaya Hidup

Jenama Pereka Fesyen Kelahiran Malaysia Popular di Britain

Seorang pereka fesyen anak kelahiran Pulau Pinang yang rekaannya telah digayakan oleh Duchess of Cambridge dan J-Lo, telah menjadi pereka fesyen terkemuka di Britain.

Media popular British, Daily Mail melaporkan jenama Self-Potrait dari pereka Han Chong, 38, adalah “Jenama yang bakal popular”.

Laporan berita itu ditulis apabila Pippa Middleton, adik isteri Putera William, Kate, menghadiri perlawanan Wimbledon minggu lepas memakai gaun dari koleksi jenama itu yang bernilai kira-kira £ 360 (RM2,000).

Han Chong dibesarkan di kawasan pedalaman Sungai Ara di Pulau Pinang. Ketika berusia 22 tahun, dia berhijrah ke London untuk meneroka lebih pengalaman.

Pada tahun 2011, dia dan beberapa orang lain melancarkan label Three Floor, yang juga menjual pakaian bersulam. Chong adalah pengarah kreatif tetapi meninggalkan organisasi itu selepas dua tahun kerana terlalu ramai yang terlibat.

Dia memutuskan untuk menubuhkan labelnya sendiri, Self-Portrait, dengan bantuan daripada para pelabur. Jenama itu hanya bermula dengannya dan seorang pelatih.

Hari ini, label pakaian Self-Portrait itu digemari oleh pelanggan yang suka pakaian bersulam dengan tawaran harga yang boleh dimiliki. Nama Self-Potrait memainkan idea tentang bagaimana orang mengekspresikan diri melalui pakaian.

Artis terkenal seperti Reese Witherspoon, Jennifer Lopez dan Beyonce telah melaram dengan pakaian rekaan Chong. Selebriti seperti Katy Perry, Miranda Kerr, Chanel Iman, Aimee Song, Chiara Ferragni juga antara yang telah mengenakan pakaian dari Self-Portrait.

Lain-lain yang memakai pakaiannya termasuk Kate Middleton ketika dia menghadiri tayangan perdana filem di London tahun lepas, dan juga Paris Hilton.

Label yang dilancarkan pada 2013 dan berpangkalan di London ini menyatakan bahawa misinya adalah untuk “menyediakan pakaian menggunakan kain mewah dengan harga mampu milik”.

 

Sumber: Thestar & straitstimes

Show More

Related Articles

Back to top button