AntarabangsaIsu Semasa

2040: Perancis Henti Penjualan Kenderaan Berasaskan Petrol & Diesel

Perancis berhasrat untuk menamatkan penjualan kenderaan beroperasi menggunakan petrol dan diesel menjelang tahun 2040 dan menjadi negara neutral karbon 10 tahun selepas itu, Menteri Ekologi, Nicolas Hulot menerangkan pada pembentangan langkah-langkah  untuk menuruti perjanjian iklim Paris.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mahu meneruskan usaha untuk melaksanakan perjanjian dalam menentang perubahan iklim selepas Presiden AS Donald Trump menarik diri daripada perjanjian yang  dibuat di ibu negara Perancis itu pada tahun 2015.

Sumber tenaga alternatif: Sebuah kereta elektrik Twizy dihasilkan Renault dipandu melepasi Arch de Triomphe di Paris.

Rancangan Dibentangkan Untuk Mematuhi Perjanjian Paris

Hulot telah membentangkan pelbagai langkah di bawah enam tema dan 23 cadangan polisi, tetapi kebanyakannya tidak mempunyai butiran yang lengkap tentang bagaimana objektif-objektif itu boleh dicapai.

Salah satu rancangan simbolik Perancis sebelum ini adalah ia telah berjanji untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 25% setiap 10 tahun sehingga tahun 2050. Ia juga telah memutuskan untuk menjadi  negara neutral karbon menjelang tahun 2050.

“Matlamat untuk menjadi sebuah negara neutral karbon ini mendesak kami untuk membuat pelaburan yang sepatutnya,” tambahnya lagi.

Beliau berkata cadangan seperti keputusan untuk menamatkan jualan kenderaan yang dijana bahan api fosil adalah sesuatu yang sukar dilakukan kerana ia seakan-akan sebuah “revolusi”, namun hal ini boleh diselesaikan dan pembuat kereta Perancis mampu melakukannya.

Kenderaan diesel dan petrol mewakili kira-kira 95.2% empayar kereta baru Perancis kini, manakala kenderaan elektrik mewakili 1.2% daripada pasaran. Kereta hibrid mewakili kira-kira 3.5%.kereta di pasaran.

Hulot mengambil contoh, Volvo merancang semua model baru yang dicipta dari tahun 2019 mestilah dijana tenaga elektrik, dan menyatakan India juga mempunyai sasaran yang sama. Ia merancang untuk mencipta sebuah armada kenderaan dijana secara keseluruhan menggunakan tenaga elektrik menjelang tahun 2030.

Hulot berkata walaupun Perancis tertinggal di belakang negara-negara seperti Sweden dan Costa Rica dalam perkara ini, ia akan menghayati “semangat” itu serta merancang  untuk mengakhiri penjualan kereta diesel dan petrol menjelang tahun 2040.

Kaedah Lain Selain Menghentikan Pembuatan Kereta Berasaskan Bahan Api Fosil

  1. Rancangan untuk mengakhiri penghantaran lesen hidrokarbon di Perancis, yang akan dikuatkuasakan pada akhir tahun ini.
  2. Menamatkan penghasilan elektrik yang dijana menggunakan arang batu menjelang tahun 2022 dan kerajaan  akan mengekalkan matlamatnya untuk mengurangkan sebanyak 50% bahagian tenaga elektrik yang dijana oleh tenaga nuklear menjelang tahun 2025. Pada masa kini 75% tenaga elektrik dijana oleh tenaga nuklear.
  3. Mengehadkan  penggunaan minyak sawit dalam penghasilan biofuel.
Perjanjian Iklim Paris adalah persetujuan iklim komprehensif yang pertama di dunia.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker