Teknologi

Instagram: Pembulian Siber Utama

“Kami menyedari komen yang dipost oleh orang ramai boleh menyebabkan impak yang besar, jadi baru-baru ini kami telah melabur sejumlah wang yang banyak dalan sejenis teknologi baru untuk menjadikan Instagram sebuah tempat yang lebih selamat dan positif” kata ketua bahagian polisi, Michelle Napchan.

Hasil penyelidikan badan amal untuk mencegah kejadian buli, Ditch the Label mendapati media sosial membuat golongan remaja kini lebih resah.

Empat puluh peratus berkata mereka berasa sedih jika tiada yang  menyukai selfie mereka dan 35% mengatakan keyakinan mereka mempunyai kaitan dengan jumlah ‘followers’ yang mengikuti mereka di media sosial.

Instagram  didedahkan sebagai saluran yang paling kerap digunakan untuk menyampaikan komen-komen negatif

Tujuh peratus  pengguna rangkaian sosial remaja mengatakan bahawa mereka pernah dibuli apabila menggunakan aplikasi foto milik Facebook itu.

Instagram mengatakan ia meggalakkan pengguna untuk melaporkan isi kandungan yang berunsurkan buli

Manakala, sebanyak 6% pengguna Facebook mengatakan  pernah dibuli apabila menggunakan Facebook. 5% pengguna Snapchat direkodkan pernah dibuli apabila menggunakan Snapchat. Untuk Twitter dan Youtube pula 2% direkodkan bagi kes yang sama.

“Menggunakan teknologi yang berkemampuan untuk belajar, komen negatif  kini secara automatik boleh dihalang daripada muncul dalam akaun seseorang. Kami juga menyediakan pilihan bagi pengguna untuk menghalang terus orang daripada meletakkan komen  atau pengguna boleh menetapkan sendiri  jenis-jenis perkataan dan emotikon yang diharamkan apabila orang lain memberi komen.

‘Cabaran yang besar’

Sebuah kajian yang dilakukan terhadap 10,000 individu berusia di antara 12 hingga 20 tahun menunjukkan, hampir 70% golongan muda mengaku pernah menyakiti orang lain secara online and 17% mengatakan mereka pernah dibuli secara online.

“Terdapat trend yang menunjukkan ramai individu mempamerkan personaliti berbeza apabila mereka sedang dalam talian dan apabila  mereka berada di dunia sebenar,” kata ketua eksekutif Label Ditch, Liam Hackett.

Encik Hackett menerangkan: “Pembulian siber terus menjadi salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh golongan muda.

“Internet  bukan sahaja telah mendefinisikan semula maksud ‘buli’ ,  namun penggunaannya  juga memberi kesan yang jelas terhadap identiti, tingkah laku dan keperibadian pengguna muda.”

Cara-cara mengatasinya

Beliau menyeru supaya laman sosial media untuk lebih berusaha dalam memantau komen-komen dalam talian dan bertindak balas terhadap aduan yang diterima dengan segera.

Pandangannya disokong oleh Anne Longfield, pesuruhjaya kanak-kanak England, yang juga menyeru agar pemantau bagi pihak kerajaan ditubuhkan untuk menjadi orang tengah antara firma rangkaian sosial dan kanak-kanak yang sedang berhadapan dengan masalah.

Beliau juga meminta supaya  ‘pendidikan berunsurkan kerakyatan digital’ wajib diadakan di sekolah.

Penemuan ini juga bertentangan dengan hasil penyelidikan dari Institut Internet Oxford (OII) yang menunjukkan pembulian siber jarang sekali berlaku. Penyelidikan yang dijalankan OII – yang tertumpu pada remaja berusia 15 tahun – mendapati bahawa, 30% daripada mereka melaporkan kes buli secara tradisional  dan hanya 3% mengatakan ia berlaku di kedua-dua luar dan dalam talian.

Penemuan yang berbeza antara kajian yang berlainan selalunya disebabkan perbezaan dalam cara soalan diutarakan, kata Lauren Seager-Smith, ketua eksekutif badan amal Kidscape. “Antara sebab-sebabnya adalah tentang bagaimana anda bertanya soalan, siapa dan berapa umur peserta kajian.”

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak terkejut dengan penemuan Ditch the Label itu.

Smith berkata, “kita hidup dalam budaya antagonis (penentangan). Menyedihkan apabila memikirkan kanak-kanak zaman sekarang membesar dalam keadaan yang sebegini”.

“Kini terdapat banyak perbincangan bagaimana sosial media boleh menjadi sebuah unsur yang merosakkan dan sama ada kita semua harus kurang meluangkan masa melayari laman sosial yang sedemikian.”

 Golongan dewasa juga perlu meneliti cara mereka sendiri menggunakan laman sosial

“Selalunya ibu bapa turut ketagih menggunakan sosial media jadi mereka perlu mempersoalkan tentang kesan penggunaannya pada kehidupan keluarga. Mungkin tiba  masa untuk mereka menegaskan bahawa ada banyak perkara yang lebih penting daripada media sosial serta gambaran hidup hebat yang sering dipaparkan di situ.”

Sumber: bbc

Show More

Related Articles

Back to top button