Makan & Minum

Cuba Makan Seitan

Seitan yang disebut ‘sey-tann’ adalah makanan yang digemari oleh mereka yang mengamalkan gaya hidup vegetarian atau vegan. Ini kerana teksturnya yang serupa dengan daging apabila dimasak, menjadikannya popular sebagai pengganti daging.

Apakah isi kandungannya?

Seitan bukan seperti tofu dan tempe, kerana ia tidak dibuat daripada soya. Ia kadang-kadang dipanggil “daging gandum,” kerana seitan diperbuat daripada gandum. Ia dicampur-campur dan diratakan seperti doh roti. Seitan juga tinggi dengan protein – lebih tinggi daripada tauhu dan juga tempe. 85 gram seitan mempunyai 18 gram protein.

Seitan mempunyai banyak rasa yang berbeza. Seperti ayam, seitan boleh menyerap pelbagai rempah. Jadi, anda boleh menggunakannya dalam masakan pedas ataupun kari.

Seitan juga boleh ditambah kepada lauk-lauk goreng ataupun digunakan dalam sandwic. Ia juga boleh menggantikan ayam dalam hampir semua resipi.

Jika anda ingin kurangkan makanan berdaging ataupun mencari alternatif makanan yang lebih sihat, anda boleh membuat sendiri di rumah. Ia hanya mengambil masa beberapa jam dari awal hingga akhir.

Sumber: Huffington Post
Show More

Related Articles

Back to top button