Bisnes & Ekonomi

iPhone Menjadikan Warga Emas Taiwan Billionaire

Perhatian diberi terhadap harga saham TSMC selepas laporan pendapatan mereka dijangkakan mengalami peningkatan apabila iPhone baru dirancang  untuk dilancarkan dalam beberapa bulan ini. TSMC menghasilkan cip untuk iPhone secara kontrak malah ia juga merupakan pembuat cip terbesar di dunia.

Individu yang terbabit disebalik TSMC ialah Morris Chang yang berusia 86 tahun, dan merupakan pengasas syarikat Penghasil Semikonduktor Taiwan (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company, TSMC). Beliau telah menjadi seorang billionaire selepas harga saham syarikatnya melonjak naik.

Morris Chang dari Taiwan menjadi seorang billionaire kerana syarikatnya membekalkan cip kepada Apple

Saham TSMC melonjak sebanyak 27 peratus pada tahun lalu.

Menurut laporan pertukaran saham Taiwan pada Mei 2017, Morris Chang memiliki 0.5 peratus TSMC secara langsung dan menerusi keluarganya.

Latar Belakang Chang

Chang adalah lulusan Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Stanford. Beliau mengasaskan TSMC pada tahun 1987 ketika beliau berusia sekitar 50-an.

Chang dikenali ramai sebagai “Bapa Silicon”.  Beliau diiktiraf sebagai individu di sebalik peningkatan penglibatan negara Taiwan dalam industri semikonduktor.

Chang kembali menjadi CEO TSMC pada tahun 2009

Beliau merupakan individu pertama yang membuka kilang semikonduktor yang membuat cip berdasarkan reka bentuk yang ditentukan oleh pelanggannya. Beliau meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSMC  pada tahun 2005. Namun menyertainya semula empat tahun kemudian untuk memulihkan syarikat tersebut yang pada ketika itu sedang mengalami kemerosotan.

Sebelum menubuhkan syarikatnya sendiri, Chang bekerja di Texas Instruments.

Sumber: Wion

Show More

Related Articles

Back to top button