AntarabangsaBisnes & EkonomiTeknologi

Kami Hanya Menerima Alipay Atau Wechat

Tiga tahun yang lalu, penggunaan telefon pintar sebagai pilihan pembayaran utama tidak dapat dijangkakan, tetapi di China, pembayaran menggunakan tunai semakin tidak digemari.

Hampir setiap orang di bandar utama China menggunakan telefon pintar untuk membayar segala-galanya.

Warga asing yang datang ke China akan sedar pentingnya aplikasi WeChat untuk penggunaan setiap hari.

Di restoran, seorang pelayan akan bertanya sama ada anda mahu menggunakan WeChat atau Alipay, dua pilihan pembayaran telefon pintar.

“Dari segi teknologi, ini mungkin salah satu inovasi yang paling penting yang telah berlaku di China dan kini hanya di China,” kata Richard Lim, pengarah urusan syarikat modal teroka GSR Ventures.

Pada 2016, bayaran mudah alih di China mencecah $5.5 trilion, kira-kira 50 kali saiz pasaran $112 bilion Amerika, menurut firma perundingan iResearch.

Malah para pemuzik yang giat bermain di jalanan ataupun buskers di beberapa bandar China telah memasang papan dengan kod QR supaya mereka yang melawat boleh memberi duit secara langsung.

Syarikat internet Tencent dan Alibaba yang menguruskan aplikasi WeChat dan Alipay telah diberi kuasa yang banyak kerana hanya dua syarikat ini yang mengawal platform pembayaran telefon pintar.

Kedua-dua syarikat tersebut boleh membuat wang dari urus niaga, mendesak syarikat lain untuk menggunakan platform pembayaran mereka dan sementara itu mengumpulkan data-data pembayaran.

Encik Lim berkata mengikut data baru-baru ini, Tencent akan melepasi syarikat kad kredit seperti Visa dan Mastercard dalam jumlah urus niaga global setiap hari pada tahun yang akan datang.

Kelebihan kedua-dua syarikat tersebut adalah bayaran yang murah untuk vendor-vendor kecil dengan membenarkannya menggunakan cetakan mudah kod QR atau telefon mereka, berbanding dengan pembaca kad kredit yang mahal. Sistem back-end yang menyimpan rekod akaun pengguna juga menjimatkan kos.

Walaupun inovasi teknologi di alu-alukan, ada beberapa masalah yang mungkin timbul untuk para pelancong. Mereka tidak berkemungkinan untuk membuka akaun bank hanya untuk membuat transaksi.

Syarikat-syarikat asing yang berharap untuk menjual kepada pengguna China sekarang mesti berurusan dengan Alibaba dan Tencent jika mereka mahu menerima pembayaran.

Syarikat-syarikat China yang bergantung kepada Alibaba dan Tencent mesti membina struktur berasingan untuk menangani dunia Facebook, Google dan kad kredit yang masih menguasai tempat lain.

Alibaba dan Tencent sedang berusaha memperluas ke luar China. Walau bagaimanapun, persaingan semakin besar.

Sumber: New York Times
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker