AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Sejauh Mana Kekuatan Senjata Nuklear?

China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat adalah 5 buah negara nuklear yang diiktiraf secara rasmi menerusi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear.

Sejak kebelakangan ini, ketegangan di antara Korea Utara dan kuasa-kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat (AS) semakin bertambah buruk berikutan tindakan rejim itu yang melancarkan beberapa siri ujian peluru berpandu balistik antara benua tanpa menghiraukan amaran masyarakat dunia.

Hal ini mencetuskan kemarahan AS, di mana negara itu turut mendesak China yang merupakan sekutu Korea Utara untuk mengenakan sekatan besar terhadap rejim itu.

Walau bagaimanapun, kepercayaan AS terhadap China semakin merudum kerana mereka tidak mengambil tindakan keras terhadap Pyongyang sedangkan mereka berupaya memberi ‘tamparan hebat’ kepada negara itu.

 

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear

Gambar sekadar hiasan – Sumber: english.alarabiya.net

Walaupun perjanjian ini mengiktiraf senjata 5 negara itu, mereka tidak sepatutnya membina atau mengekalkan senjata tersebut buat selama-lamanya.

Selain dari China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat –¬† Pakistan, India, Israel dan Korea Utara juga memiliki senjata nuklear, tetapi mereka tidak diiktiraf kerana tidak menandatangani perjanjian tersebut. Jika digabungkan, 4 buah negara ini mempunyai kira-kira 340 buah nuklear.

Walau bagaimanapun, Rusia dan AS memiliki senjata nuklear terbanyak di dunia. Kedua-dua negara ini berkongsi 88% nuklear simpanan dunia, dan angka tersebut meningkat kepada 93%, jika termasuk senjata nuklear yang tidak lagi digunakan.

 

SEJAUH MANA KEKUATAN NUKLEAR?

Senjata nuklear Rusia – Sumber: nationalinterest.org

Jumlah keseluruhan nuklear di dunia adalah 14,900, di mana ia cukup untuk membunuh berjuta-juta orang dan menghapuskan banyak bandar.

Berdasarkan kajian Telegraph, gabungan kuasa nuklear yang dimiliki AS dan Rusia boleh menghasilkan tenaga sebanyak 6,600 megaton. Ini bersamaan 1/10 tenaga solar yang diterima oleh bumi dalam setiap minit.

Menurut laman web Nuke Map, pelepasan B-83, iaitu bom terbesar AS, mampu membunuh 1.4 juta orang dalam tempoh masa 24 jam pertama sementara 3.7 orang akan tercedera memandangkan radius radiasi haba mencapai 13 km.

Dalam pada itu, “Tsar Bomba” adalah bom terbesar USSR yang pernah diuji. Jika bom ini dilepaskan di New York, ia akan meragut nyawa kira-kira 7.6 juta orang dan mencederakan 4.2 juta lagi.

Letupan nuklear boleh mencapai kawasan seluas kira-kira 7,880 km pada tahap kelajuan angin 15 batu sejam, di mana jutaan orang akan terkesan.

Senjata nuklear AS dan Rusia dikawal selia oleh beberapa perjanjian yang menetapkan had dan jenis nuklear serta sistem penghantaran yang mereka ada.

Jika kedua-dua kuasa besar itu bercadang untuk meningkatkan kapasiti nuklear mereka, ia akan menjejaskan perjanjian ini dan mencetuskan Perang Dingin baru.

 Sumber: Telegraph UK
Show More

Related Articles

Back to top button