Isu SemasaTempatan

Pelajar Bermasalah Pelajari Kehidupan di Penjara

Seramai 60 orang pelajar bermasalah akan menuju ke  Penjara Kajang untuk mempelajari apa yang menanti mereka jika mereka tidak berubah.

Para pelajar yang terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai masalah disiplin dan pesalah berulang, akan dibawa bertemu dengan tahanan penjara pada 18 Julai ini. Pada hari lawatan ke penjara itu, para pelajar akan disertai guru disiplin dan guru kaunseling.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Kuala Lumpur, Bok Siew Mun berkata tujuan lawatan penjara itu adalah untuk menunjukkan bahawa “jenayah akan diadili.”

“Kami mahu mereka tahu bahawa mereka harus menjauhi aktiviti tidak sihat.

Cara terbaik untuk membawa pelajar bermasalah untuk kembali ke pangkal jalan adalah dengan memberi pendidikan yang baik dan mendedahkan akibat kepada perlakuan buruk mereka.

Pelajar yang berumur antara 14 dan 16 tahun ini mempunyai rekod buruk kerana berkelahi, terlibat dalam gangsterisme, buli dan ponteng sekolah.

Pihak berkuasa prihatin bahawa pelajar yang bermasalah mungkin mempengaruhi rakan sebaya mereka jika tiada usaha untuk memulihkan mereka.

Pihak berkuasa tidak boleh menyembunyikan pelajar-pelajar bermasalah kerana mereka akan bercampur dalam masyarakat apabila meninggalkan sekolah kelak. Oleh itu, langkah-langkah pemulihan perlu dilakukan sebelum terlambat.

Program itu sedang dianjurkan dengan kerjasama antara MCPF dan Jabatan Pelajaran untuk memberikan pengalaman pembelajaran baru kepada para pelajar.

MCPF menyokong sepenuhnya usaha dan komitmen kerajaan dalam membangunkan modal insan dan memastikan generasi masa depan bebas dadah dan penyakit sosial. MCPF juga berhasrat untuk memantau pelajar tersebut dengan teliti sehingga mereka meninggalkan sekolah.

MCPF turut merancang untuk mengendalikan beberapa program lain termasuk kempen keselamatan jalan raya dan kempen pencegahan jenayah.

 

Sumber: thestar

Show More

Related Articles

Back to top button