Gaya HidupKesihatan

Perlu Ke Basuh Baju Baru Sebelum Pakai?

Perlu ke basuh baju baru sebelum pakai? Jawapan bagi soalan itu adalah Ya!

Ya, kami faham yang anda baru sahaja membeli baju yang sudah lama anda impikan, dan cara yang terbaik untuk menghargai baju tersebut adalah dengan terus memakainya ke tempat-tempat yang ramai orang boleh lihat kecantikkan baju anda itu.

Semasa anda ingin memakai baju itu, anda semestinya ada terfikir begini, “mungkin dah ada beberapa orang yang cuba baju ni sebelum aku, tapi tak apa, bukannya kotor sangat pun, peluh ja.”

Gambar sekadar hiasan

Tetapi, sebelum anda betul-betul memakai pakaian tersebut dan membiarkan ia menyentuh kulit anda, anda mungkin mahu pertimbangkan kata-kata Lana Hogue ini, beliau adalah seorang pakar pembuat pakaian yang mengajar di kelas Industri Pakaian 411, “Anda WAJIB membasuh pakaian itu sebelum memakainya, terutamanya apa-apa pakaian yang betul-betul akan menyentuh kulit anda.”

Walaupun potensi kuman dari orang-orang yang telah mencuba baju itu mungkin tidak mampu menjejaskan pemikiran anda, bahan kimia pada pakaian itu sendiri pasti akan membuat anda berfikir buat seketika.

Menurut Hogue, hampir setiap benang atau kain yang dicelup dakwat memerlukan bahan kimia untuk menjadikan mereka kain atau baju-baju yang cantik. Malangnya, bahan kimia tersebut mempunyai kesan sampingan seperti dermatitis dan ruam merah gatal yang akan timbul apabila kain itu berhampiran kulit anda.

Gambar sekadar hiasan

“Kebanyakan bahan kimia yang digunakan dalam pencelupan kain dan memberikan mereka kemasan benang yang membolehkan mereka untuk diproses akan memberikan iritasi pada kulit anda,” kata Hogue.

Donald Belsito, seorang profesor dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Columbia di New York, memberitahu The Wall Street Journal bahawa tempat di mana asalnya pakaian tersebut (kilang pembuatan tekstil, kedai baju, bilik persalinan) boleh menjadi tempat pembiakan untuk bakteria, kutu, dan kulat. Oleh itu, ia adalah lebih baik untuk anda membersihkan mereka terlebih dahulu.

Ujar Hogue lagi, “Jika anda mahu memakai baju ini pada cuaca yang panas dan akan membuat anda berpeluh di dalamnya, anda perlu membasuhnya kerana apabila anda berpeluh, ia akan membuka liang-liang roma anda dan ini akan membolehkan kulit anda untuk menyerap bahan kimia yang ada di dalam pakaian tersebut.”

Gambar sekadar hiasan

Ini adalah antara pakaian-pakaian yang anda wajib basuh, sebelum memakainya:

  • Stoking
  • Seluar dalam & Bra
  • Pakaian dalam
  • Pakaian sukan
  • Baju-T
  • Seluar pendek
  • Pakaian musim panas
  • Pakaian mandi yang anda tidak bercadang untuk pakai di dalam air dengan serta-merta

Kesimpulannya, amat digalakkan untuk membasuh pakaian yang baru beli  sebelum memakainya kerana untuk kebaikan diri dan mengelak daripada  terdedah kepada bahan kimia yang tidak diketahui.

 

Sumber: Woman’s Day
Show More

Related Articles

Back to top button