Bisnes & Ekonomi

Warren Buffett: Jutawan yang memberikan seluruh kekayaannya kepada badan amal

Dikenali sebagai “Oracle of Omaha,” Warren Buffett adalah seorang pakar pelaburan dan salah seorang ahli perniagaan terkaya serta yang paling dihormati di dunia.

Dilahirkan di Nebraska pada tahun 1930, Warren Buffett menunjukkan kebolehan dalam  perniagaan pada usia muda. Beliau membentuk Buffett Partnership Ltd. pada tahun 1956,  kemudian pada tahun 1965 dia telah mengawal Berkshire Hathaway.

Warren Buffet merupakan konglomerat dalam bidang media, insurans, tenaga serta makanan dan minuman. Beliau menjadi salah seorang  individu terkaya di dunia dan merupakan seorang dermawan yang terkenal.

Kehidupan Awal

Dilahirkan dengan nama Warren Edward Buffett pada 30 Ogos 1930, di Omaha, Nebraska. Bapa Buffett, Howard, bekerja sebagai broker saham dan pernah berkhidmat sebagai kongres AS. Ibunya, Leila Stahl Buffett, merupakan seorang suri rumah. Buffett merupakan anak kedua dari tiga orang anak dan merupakan anak lelaki tunggal.

Buffett (tengah) dan adik beradik serta ibubapanya.

Buffett mempamerkan bakat untuk urusan kewangan dan perniagaan dari zaman kanak-kanaknya lagi. Rakan-rakan dan kenalannya mengatakan anak muda itu menunjukkan kecenderungan dalam matematik kerana beliau boleh menambah banyak nombor di kepalanya.

Ketika kecil, Warren sering melawat pejabat bursa saham ayahnya dan mencatatkan harga saham di papan hitam.

Pada usia 11 tahun beliau membuat pelaburan pertamanya, membeli tiga saham Cities Service Preferred pada harga $ 38 (RM 163.38) sesaham.

Walaupun harga stok terus jatuh $ 27 (RM 116.09) Buffett kekal dengannya hingga harganya meningkat $ 40 (RM 171.98), sebelum menjual sahamnya dengan keuntungan yang kecil.

Beliau menyesali  keputusannya apabila harga saham tersebut mencecah hampir $ 200 (RM 859.90) satu saham. Beliau mengatakan pengalaman ini mengajarnya untuk bersabar dalam pelaburan.

Aktiviti Keusahawanan Pertama

Menjelang usia 13 tahun, Buffett menjalankan perniagaan sebagai paperboy (khidmat hantar surat khabar) dan menjual kertas  tip lumba kuda.

Pada tahun 1942, keluarganya berpindah ke Fredricksburg, Virginia  kerana bapa Buffett telah terpilih sebagai salah seorang ahli Dewan Perwakilan A.S.

Buffett memasuki Sekolah Tinggi Woodrow Wilson di Washington, D.C., di mana beliau merancang cara-cara baru untuk menjana wang.

Ketika di sekolah menengah, beliau dan seorang rakan telah membeli mesin pinball terpakai untuk $25 (RM 107.49). Selepas mendapat keuntungan dalam beberapa bulan, mereka membeli mesin lain dan membuka kedai di tiga lokasi berbeza. Akhirnya mereka menjual perniagaan itu dengan harga $1200 (RM 5159.40)

Pengajian Tinggi dan Kerjaya Awal

Buffett mendaftar di Universiti Pennsylvania pada usia 16 tahun untuk belajar perniagaan. Beliau di sana selama dua tahun, sebelum berpindah ke University of Nebraska untuk menghabiskan ijazahnya, dan keluar dari kolej pada umur 20 tahun dengan wang sebanyak $ 10,000 (RM 42 995.00) dari  perniagaan zaman kanak-kanaknya.

Dipengaruhi oleh buku tulisan Benjamin Graham, The Intelligent Investor, Buffett mendaftar di Columbia Business School untuk menuntut di bawah ahli ekonomi dan pelabur yang terkenal itu.

Selepas mendapat ijazah sarjananya pada tahun 1951, beliau menjual sistem sekuriti untuk Buffett-Falk & Company selama tiga tahun, sebelum bekerja untuk mentornya selama dua tahun sebagai seorang penganalisis di Graham-Newman Corp.

Pada tahun 1956, Buffet membentuk firma Buffett Partnership Ltd. di kampungnya di Omaha.

Menggunakan teknik yang diperoleh dari Graham, beliau berjaya mengenal pasti syarikat yang kurang berjaya dan menjadi jutawan.

Salah sebuah syarikat yang  sedemikian adalah sebuah syarikat tekstil bernama Berkshire Hathaway di mana beliau mula mengumpul stok pada awal tahun 1960an. Menjelang tahun 1965, beliau merupakan pemilik syarikat tersebut.

Empayar Perniagaan

Walaupun Buffett Partnership telah berjaya menempa kejayaan namun firma itu telah dibubarkan pada tahun 1969 supaya beliau boleh menumpukan perhatian pada pembangunan Berkshire Hathaway.

Beliau menghapuskan bahagian perkilangan tekstil, sebaliknya melebarkan sayap syarikat tersebut dengan membeli aset dalam media (The Washington Post), insurans (GEICO) dan minyak (Exxon).

Malah  “Oracle of Omaha” juga berjaya menukarkan pelaburan yang kelihatan tidak bernilai kepada sesuatu yang berharga, contoh yang paling masyhur adalah pembelian Salomon Brothers pada tahun 1987.

Selepas melakukan pelaburan dalam Coca-Cola, Buffett menjadi pengarahnya dari tahun 1989 hingga 2006.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah Citigroup Global Markets Holdings, Graham Holdings Company dan The Gillette Company.

Aktiviti Terkini dan Aktiviti  Amal

Warren Buffet dan Bill Gates. Buffett mengumumkan bahawa dia akan memberikan 85 peratus daripada hartanya kepada Yayasan Bill dan Melinda Gates

Pada Jun 2006, Buffett mengumumkan bahawa beliau akan memberikan seluruh kekayaannya kepada badan amal, memberi  85 peratus daripada hartanya  kepada Yayasan Bill dan Melinda Gates.

Jumlah ini merupakan pemberian amal terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Pada tahun 2010, Buffett dan Gates mengumumkan bahawa mereka telah mencipta kempen The Giving Pledge untuk merekrut lebih ramai individu kaya untuk tujuan-tujuan amal.

Pada tahun 2012, Buffett mendedahkan bahawa beliau menghidap barah prostat.

Beliau mula menjalani rawatan radiasi pada Julai 2012, dan berjaya menyelesaikan rawatannya pada bulan November.

Masalah kesihatan itu  tidak sedikit pun memperlahankan jutawan berusia 80-an itu, yang sering mengetuai senarai individu terkaya dunia Forbes.

Pada Februari 2013, Buffett telah membeli H. J. Heinz dengan modal ekuiti swasta kumpulan 3G Capital bernilai $28bilion. Penambahan kemudian dilakukan terhadap bidang perniagaan Berkshire Hathaway, antaranya pembuatan bateri Duracell dan Kraft Foods Group. Ia bergabung dengan Heinz pada tahun 2015 untuk membentuk syarikat makanan dan minuman ketiga terbesar di Amerika Utara.

Pada tahun 2016, Buffett melancarkan Drive2Vote, sebuah laman web yang bertujuan menggalakkan orang ramai dalam komuniti Nebraska untuk melaksanakan hak mereka sebagai pengundi. Ia membantu pengundi untuk mendaftar serta memandu mereka ke lokasi buang undi jika mereka tiada kenderaan untuk ke sana.

Sumber: Biography

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button