Hiburan

J K Rowling Penulis Terkaya 2017

Siapa yang tidak mengenali J K Rowling, seorang penulis tersohor yang menempa nama melalui novel popular, Harry Potter. Majalah Forbes baru-baru ini mengeluarkan senarai 100 selebriti berpendapatan terbesar 2017 dan nama J.K Rowling dinotakan sebagai penulis terkaya di dunia.

Setelah menyepi selama tiga tahun, nama penulis British berusia 51 tahun ini kembali mencatat nama dalam senarai tersebut dan berada di kedudukan ketiga dalam senarai selebriti terkaya.

Tahun lalu, penulis siri fantasy Harry Porter ini memperoleh pendapatan sebanyak USD95 juta (kira-kira RM404,989,750) hasil jualan novel ‘Harry Potter and the Cursed Child’.

Novel yang diadaptasi ke panggung teater itu turut meraih kejayaan besar dan diminati masyarakat.

Selepas dipentaskan di West End London, ‘Harry Potter and the Cursed Child’ kini sedang dipentaskan di broadway Amerika Syarikat.

Selain itu, Rowling juga meraih pendapatan besar daripada ‘Fantastic Beasts and Where to Find Them’. Serta pertunjukkan The Wizarding World of Harry Potter di taman tema Universal Studio yang juga membantu menambah pendapatannya.

Tahun ini juga merupakan ulangtahun ke-20 tahun bagi penerbitan buku ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone‘ yang merupakan karya sulungnya dalam siri francais itu.

Terdapat tujuh sekuel, yang mana ‘Harry Potter and Deathly Hallows’ adalah yang terakhir diterbitkan pada 2007.

Dilahirkan di Yate, Gloucestershire, England, Rowling bekerja sebagai penyelidik dan setiausaha dwibahasa untuk Amnesty International. Ketika di sana, beliau mendapat idea untuk siri Harry Potter semasa menunggu kereta api tertunda dari Manchester ke London pada tahun 1990.

Memetik laporan pelbagai media antarabangsa, nama J.K Rowling adalah salah satu dari dua warga negara British yang tersenarai di kedudukan Top 10. Satunya lagi ialah Coldplay berada posisi ke-8 dengan pendapatan bernilai USD69.5 juta (kira-kira RM315,465,700).

Selain J.K Rowling, penulis lain yang tersenarai ialah James Patterson yang meraih pendapatan berjumlah USD 87 juta (kira-kira RM370,885,350).

Sumber: Malaysiandigest

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button