Isu SemasaTempatan

Peguam Hafal 113 Lagu Kebangsaan

Dalam tempoh 15 tahun, Thean See Xien telah menghafal 113 lagu kebangsaan. Namun begitu, Negaraku masih berada di tempat yang sangat istimewa dalam hatinya.

Dalam tempoh 15 tahun Thean menghafal 113 lagu kebangsaan pelbagai negara

Lagu Negaraku di hati Thean

Thean, 31, berkata dia tersentuh sehingga menitikkan air mata apabila mengetahui tentang asal-usul lagu kebangsaan Malaysia di sesi TedTalk oleh komposer Saidah Rastam tahun lalu.

“Negaraku adalah lagu pertama saya pelajari. Pada dasarnya ia adalah sebuah lagu cinta – lagu yang menyatakan cinta kita untuk negara kita dan kesediaan kita untuk melindunginya.

“Ia menceritakan tentang negara Malaysia yang kita semua inginkan, dan kita harus mengambil berat tentang mesej yang terkandung dalam lagu kita,” katanya.

Merupakan seorang penasihat undang-undang Petronas dari Kuala Lumpur, Thean sangat percaya rakyat Malaysia ada banyak peluang untuk membantu satu sama lain, dan ini tidak sepatutnya dihalang oleh perbezaan politik atau sosial.

“Salah satu lirik Negaraku adalah tanah tumpahnya darahku”.

“Sudah tentu saya berharap kita tidak perlu betul-betul menumpahkan darah, tetapi harus ada kesediaan dalam  kalangan rakyat Malaysia untuk mengorbankan kehidupan mereka demi kepentingan negara,” katanya.

Peranan lagu kebangsaan bagi setiap negara

Thean percaya semua lagu kebangsaan adalah pantulan nadi negara.

Bagi Thean, lagu kebangsaan adalah nadi setiap negara

“Lagu kebangsaan menceritakan nilai-nilai yang menjadi pegangan setiap negara, dan apa yang penting bagi rakyatnya ketika lagu itu dipilih,” katanya.

Sebagai contoh, lagu kebangsaan La Marseillaise diambil pada tahun 1795 semasa Revolusi Perancis, jadi ia adalah seruan untuk memerangi kezaliman dan pencerobohan kuasa asing, katanya.

“Manakala Lagu kebangsaan British, God Save The Queen, merayakan tonggak identiti negara tersebut, iaitu pemerintahnya,” katanya.

Bagaimana Thean melakukannya?

Menghafal semua lagu mungkin kelihatan menakutkan tetapi Thean meyakinkan bahawa cara beliau agak mudah, iaitu pengulangan kasar.

“Saya dengar lagu kebangsaan di Youtube dan ulanginya sehingga iramanya terlekat di kepala saya, dan saya pergi ke Wikipedia untuk memahami liriknya.

Thean menggunakan Youtube untuk membantunya menghafal lagu-lagu kebangsaan

“Saya biasanya belajar sebuah lagu di waktu petang, kemudian tidur dengan muzik dan liriknya yang masih bermain di  kepala saya,” katanya, sambil menambah bahawa dia mengambil masa tiga hari untuk belajar sebuah lagu kebangsaan.

Thean hanya bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, namun begitu dia telah berjaya menguasai lagu-lagu kebangsaan negara-negara di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Selatan, semuanya dengan sebutan yang hampir sempurna.

“Lagu kebangsaan Denmark Der er et yndigt land adalah yang paling sukar bagi saya kerana bahasa Denmark mempunyai banyak huruf yang tidak dibunyikan,” katanya.

Thean berkata beliau baru sahaja selesai menghafal lagu kebangsaan Myanmar dan akan berehat sekejap buat masa ini.

“Namun begitu matlamat utama saya adalah untuk mempelajari lagu kebangsaan semua negara yang terdapat di dunia.”

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button