AntarabangsaIsu Semasa

Micheal Enright: Pelakon British Bersara Dari Hollywood, Lawan IS Di Syria

Michael Enright, seorang pelakon warga Britain yang pernah berlakon bersama bintang terkenal seperti Tom Cruise dan Johnny Depp, telah bersara daripada Hollywood untuk menyertai operasi menentang kumpulan militan IS di Syria.

Enright menyertai pasukan pemberontak Kurdish, YPG pada tahun 2015 selepas melihat rakaman video yang menunjukkan kepala wartawan Amerika Syarikat, James Foley, dipotong oleh seorang anggota IS bernama Jihadi John.

Pelakon berusia 53 tahun itu sebelum ini berlakon dalam beberapa film popular, antaranya adalah Kinght and Day dan Pirates of the Caribbean Dead Man’s Chest.

“Sebagai seorang pelakon, saya sebelum ini pernah memainkan watak-watak pasukan polis SWAT yang menghadapi situasi berat. Ia (keadaan) dilihat sangat tegang. Tetapi, ia tidak seperti itu langsung,” katanya.

Enright, yang diberi gelaran “Mustafa Rojaya” oleh rakan seperjuangan, berasal daripada Manchester, di mana seorang pengebom berani mati telah mengorbankan 23 nyawa di konsert Ariana Grande pada bulan Mei lalu.

“Serangan di Manchester membawa pelbagai emosi. Saya sudah terbiasa dengan banyak kematian, dan serangan pengganas, tetapi ini berbeza, ia adalah kampung halaman saya,” katanya.

Beliau meluahkan perasaan sedih dan kecewa kerana pengebom berani mati itu turut menyasarkan kanak-kanak kecil.

“Daesh hanya kuat apabila mereka berlawan dengan orang yang lemah dan tidak bersalah,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Enright pernah menangkap beberapa anggota militan itu, dan “apabila tangan mereka diikat, mereka mula menjadi penakut,” tambah beliau.

Memetik laporan Independent UK, Enright tetap berikrar untuk meneruskan perjuangannya walaupun militan Daesh telah meletakkan bounty (wang ganjaran) sebanyak £116,000 (RM 646000) kepada sesiapa yang berjaya membunuhnya.

Beliau mula mengeluarkan kenyataan mengenai perjuangannya berikutan kekalahan IS di kubu kuat mereka di bandar Mosul, Iraq dan bandar Raqqa di Syria.

Awal minggu ini, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menyampaikan ucapan tahniahnya kepada pasukan tentera gabungan terhadap kemenangan mereka menentang IS di Mosul.

Namun, pertempuran masih berlangsung di beberapa bahagian kecil bandar itu yang masih di bawah kawalan militan.

Sumber: Independent UK

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button