AntarabangsaIsu Semasa

Jepun Akan Pinda Undang-Undang Kuno Jenayah Rogol

Bulan lepas, Jepun telah memulakan proses untuk meminda undang-undang kuno kesalahan rogol mengikut keadaan masa kini.

Dewan Perwakilan negara itu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang akan meluaskan lagi definisi rogol, meningkatkan tempoh hukuman penjara dan membolehkan seseorang pesalah itu didakwa walaupun mangsa tidak membuat sebarang dakwaan.

Mangsa rogol dan kumpulan aktivis telah lama berkempen supaya undang-undang lama ini dipinda susulan sikap negatif masyarakat terhadap mangsa sehingga menyebabkan mereka pilih untuk berdiam diri kerana malu dan takut dikritik.

Di bawah undang-undang semasa yang diluluskan 100 tahun lalu (tahun 1907), definisi “rogol” hanya terhad kepada penetrasi zakar dan faraj sahaja.

Dewan Perwakilan Jepun – Sumber: blogs.wsj.com

Oleh itu, penyemakan semula ini termasuk “hubungan seksual yang dipaksa,” dengan mengiktiraf bahawa lelaki juga boleh menjadi mangsa rogol.

Seks luar tabii (dubur) dan seks oral juga termasuk dalam kategori tersebut.

Di bawah undang-undang semasa yang diluluskan 100 tahun lalu (tahun 1907), definisi “rogol” hanya terhad kepada penetrasi zakar dan faraj.

Berdasarkan data kerajaan daripada tahun 2014, hanya 5% wanita yang menjadi mangsa serangan seksual melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, di mana majoriti mangsa wanita malu dan takut dikritik sekiranya mereka membuat laporan.

“Ini adalah peluang untuk mengubah kod jenayah selepas 100 tahun: peluang sekali dalam satu abad,” menurut petisyen atas talian yang ditandatangani oleh lebih daripada 30,000 orang.

Tambah petisyen itu, ketika undang-undang ini mula diperkenalkan buat pertama kali dahulu, wanita masih tidak dibenarkan untuk mengundi dan tujuan peraturan tersebut adalah untuk melindungi “maruah keluarga.”

Pendakwaan terhadap kes rogol adalah satu perkara yang jarang berlaku di Jepun. Walaupun suspek didapati bersalah, ramai yang mengelak daripada hukuman penjara hanya dengan meminta maaf dan membayar wang ganti rugi atau pampasan.

Sebagai contoh, pada tahun 2016, seorang pelakon berusia 22 tahun bernama Yuta Takahata telah ditahan atas dakwaan merogol pekerja hotel berusia 49 tahun.

Takahata mengaku melakukan kesalahan tersebut, tetapi kes digugurkan apabila dia bersetuju untuk menyelesaikannya secara peribadi bersama mangsa.

Pada masa ini, perbuatan rogol dikategorikan sebagai “shinkokuza i,” atau kesalahan yang tidak boleh didakwa tanpa aduan daripada mangsa.

Sekiranya mangsa ingin menyelesaikannya di luar mahkamah, polis, di bawah undang-undang semasa, tidak boleh mengambil tindakan atau mendakwa pesalah.

Sumber: Reuters, News Week US
Show More

Related Articles

Back to top button