AntarabangsaIsu SemasaPolitik

5 Dilema AS Untuk Tangani Ancaman Nuklear Korea Utara

Konflik Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara kini menjadi semakin tegang susulan beberapa siri ancaman nuklear yang dilakukan oleh Pyongyang.

Apakah dilema yang dihadapi oleh AS untuk menangani isu ini?

 

 1 – CHINA

Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping – Sumber: www.skynews.com

Sebagai salah satu kuasa besar dunia dan sekutu Korea Utara, China boleh mengenakan sekatan terbesar terhadap Korea Utara jika mereka mahu.

Presiden Amerika Syarikat, Donad Trump telah lama mencadangkan dasar untuk menggesa China supaya menggunakan pengaruh mereka terhadap Pyongyang.

Tetapi, Beijing tidak memberi maklum balas yang memuaskan berhubung perkara itu.

China lebih bimbang terhadap isu pergolakan serantau berbanding program nuklear Korea Utara.

Oleh itu, AS dilihat seperti “hilang keyakinan” terhadap kemampuan China untuk mengubah situasi itu.

Tetapi, sebagai orang tengah, China meminta AS supaya menghentikan operasi ketenteraan mereka bersama Korea Selatan dalam usaha untuk mengurangkan ‘provokasi’ terhadap Korea Utara sekali gus menghentikan program nuklear mereka.

 

2. – MENGENAKAN SEKATAN

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Sumber: edition.cnn.com

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengenakan beberapa sekatan terhadap Korea Utara, tetapi China adalah negara yang dianggap mampu memberi ‘tamparan terhebat’ terhadap ekonomi negara itu.

Namun, China dilaporkan tidak menggunakan ‘kebolehan’ mereka itu sepenuhnya.

Beberapa hari lalu, AS mengenakan sekatan terhadap bank China yang dituduh melakukan penggubahan wang haram Korea Utara.

Menurut pentadbiran Trump, langkah tersebut bertujuan untuk memotong dana program senjata rejim itu, bukan untuk mendenda China kerana tidak mengambil tindakan yang cukup terhadap Pyongyang.

China memberi maklum balas dengan perasaan marah kerana langkah AS itu boleh menjejaskan kerjasama antara negara.

 

3 – SERANGAN KETENTERAAN

Kapal perang AS – Sumber: www.nytimes.com

Trump menegaskan bahawa ia tidak mustahil untuk mengambil tindakan ketenteraan, tetapi ia dilihat sebagai langkah yang tidak wajar kerana boleh mengorbankan banyak nyawa sekiranya Korea Utara bertindak balas menentang Korea Selatan.

Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis berkata, konflik di Korea Utara boleh menjadi “pertempuran terburuk dalam kehidupan kebanyakan orang.”

Kini, terdapat 28,000 tentera AS yang berpangkalan di Korea Selatan.

Sekiranya terdapat pengesahan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) oleh Korea Utara, AS pasti akan menghantar isyarat ketenteraan sebagai tindak balas.

 

4 – DIPLOMASI

2 orang bekas Presiden AS, George W. Bush (kiri) dan Bill Clinton (kanan) – Sumber: www.cbsnews.com

Pendekatan diplomatik adalah langkah pilihan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Pentadbiran Trump pernah berkata bahawa mereka mempertimbang untuk mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Korea Utara, iaitu satu langkah yang tidak pernah diambil oleh mana-mana presiden AS sebelum ini.

Namun, ujian peluru berpandu Pyongyang baru-baru ini menunjukkan bahawa langkah itu amat sukar untuk diambil.

Sebelum ini, rundingan pernah cuba diadakan, tetapi tidak memberi impak atau keputusan yang memuaskan.

Bekas presiden AS, Bill Clinton dan George W Bush juga pernah cuba mengadakan perjanjian, tetapi gagal.

 

5 – TERIMA HAKIKAT KOREA UTARA MEMPUNYAI NUKLEAR

Kim Jong-un – Sumber: www.dailystar.co.uk

Akhir sekali, AS perlu menerima hakikat bahawa mungkin tiada langkah yang boleh diambil untuk menghentikan program nuklear Korea Utara.

Oleh itu, AS juga mungkin perlu belajar ‘menyesuaikan diri’ dan teruskan kehidupan walaupun negara diktator yang ‘brutal’ itu mempunyai senjata nuklearnya tersendiri.

Sumber: Sky News

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button