AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Perancis: Matlamat Menentang Pengganas Perlu Diutamakan

Negara Perancis tidak lagi melihat matlamat untuk menjatuhkan presiden Syria, Bashar Al-Assad sebagai keutamaan untuk menyelesaikan konflik berlarutan di negara tersebut.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, ini adalah kerana Assad masih tiada pengganti yang sah untuk mengambil alih kedudukan itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron – Sumber: bpr.berkeley.edu

Menurut beliau, menentang kumpulan ekstremis atau pengganas seperti IS perlu menjadi matlamat utama komuniti antarabangsa pada waktu ini.

“Pendirian saya jelas: satu, perjuangan habis-habisan menentang kumpulan-kumpulan pengganas. Mereka adalah musuh kita…kita memerlukan kerjasama semua orang untuk menghapuskan mereka, terutamanya Rusia,” kata beliau.

Selain itu, Macron juga mahukan kestabilan di Syria dan tidak mahu negara itu menjadi sebuah negara yang gagal.

Beliau berkata, komuniti antarabangsa telah melakukan kesilapan kolektif apabila mempunyai tanggapan bahawa konflik di Syria hanya boleh diselesaikan dengan melancarkan operasi ketenteraan sahaja.

Presiden Syria, Bashar al-Assad – Sumber: www.reuters.com

Macron turut berpandangan bahawa langkah terbaik untuk menyelesaikan konflik Syria adalah dengan mewujudkan pelan tindakan politik dan diplomatik.

Walau bagaimanapun, Macron kerap menegaskan bahawa penggunaan senjata kimia dan pelanggaran terhadap  koridor kemanusiaan yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan kepada rakyat Syria adalah satu tindakan yang melampau dan Perancis sanggup mengambil tindakan walaupun keseorangan.

Ketika konflik itu mula tercetus, Perancis merupakan salah sebuah negara Barat yang aktif mendesak Bashar al Assad untuk dibuang.

Sepanjang konflik tersebut, lebih dariapda 320,000 nyawa telah terkorban manakala jutaan rakyat kehilangan tempat tinggal sehingga terpaksa menjadi pelarian.

Sumber: The Star
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker