AntarabangsaIsu Semasa

Manusia Bakal ‘Menjajah’ Planet Marikh?

NASA sedang mencipta reaktor pembelahan nuklear yang dikatakan mampu mengatasi penghalang/masalah teknikal terakhir untuk membolehkan manusia hidup di planet Marikh.

Penjanaan tenaga telah menjadi matlamat utama saintis angkasa selepas mereka mengesahkan kewujudan air di planet tersebut.

Uji kaji bagi reaktor dengan ketinggian 6.5 kaki itu dijadualkan untuk bermula pada bulan September ini dan jika lulus ujian reka bentuk dan prestasi, NASA kemudian akan menjalankan ujian di planet Marikh.

Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan Pusat Penyelidikan Glenn, NASA adalah dua rakan kongsi utama dalam projek bernilai 11 juta pound itu.

Berdasarkan laporan NASA pada tahun 2008, sebanyak 40 kilowatt tenaga diperlukan untuk melaksanakan ekspidisi manusia ke marikh, iaitu bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk “berada di bumi bagi tempoh kira-kira lapan jam”.

Tenaga tersebut diperlukan untuk menghasilkan minyak, udara, air, dan mengecas bateri untuk rover dan peralatan sains yang lain.

Memetik laporan Independent UK, setiap reaktor mampu menghasilkan sehingga 10 kilowatt tenaga dan penjajahan 8 orang manusia ke planet itu hanya memerlukan 4 reaktor sahaja.

Reaktor tersebut berfungsi dengan membelah atom uranium kepada setengah untuk menghasilkan haba yang boleh diubah menjadi tenaga elektrik.

Selain itu, ia amat sukar untuk hanya bergantung kepada tenaga solar kerana planet Marikh hanya menerima 1/3 tenaga daripada matahari berbanding bumi.

Sebelum ini, reaktor pembelahan terakhir diuji oleh NASA adalah Systems for Nuclear Auxiliary Power pada tahun 1960-an, bernama SNAP.

“Ini adalah kali pertama kami mengendalikan reaktor pembelahan yang boleh digunakan di angkasa sejak program SNAP pada tahun 1960-an”, kata Lee Mason, Pakar Teknologi Penyimpanan Tenaga di Pusat Penyelidikan Glenn.

Awal minggu ini, NASA menafikan dakwaan yang dibuat oleh seorang tetamu di rancangan televisyen Alex Jones, di mana NASA dituduh mengendalikan sebuah sindiket pemerdagangan kanak-kanak di planet Marikh.

Dalam pada itu, Elon Musk, ahli perniagaan terkemuka dunia dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kenderaan elektrik TESLA telah mengumumkan rancangannya untuk menjajah planet tersebut.

Beliau berkata, dengan menggunakan kaedah tradisional, misi untuk menjajah Marikh akan memakan kos sebanyak AS$10 bilion bagi setiap seorang.

Sumber: Independent UK
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close