Pelayan Restoran Menghidap Demensia dan Alzheimer
Ini kerana semua pelayan di restoran, yang diberi nama The Restaurant of Order Mistakes (Restoran Kesalahan Pesanan) menghidap demensia dan Alzheimer.
Di restoran pop-up (dibuka buat masa yang sekejap) ini, yang baru dibuka di Jepun, pengunjung diberi peringatan bahawa mereka mungkin tidak akan dapat apa yang mereka pesan – namun begitu masih ada pelanggan yang mengeluh.

Memupuk Rasa Empati Terhadap Penghidap Penyakit Demensia dan Alzheimer
Pengasas tempat makan yang unik ini berharap dengan tetamu menjamu makanan di sana, ini akan membantu mengubah perspektif mereka tentang demensia (penyakit yang berkaitan dengan penurunan kebolehan mental, hilang ingatan antara salah satu gejalanya) dan memberi kesedaran bagi pelanggan supaya mereka lebih bersabar dengan penghidap penyakit itu.
Yahoo! Japan melaporkan bahawa restoran pop-up itu dibuka buat kali pertama di daerah Toyosu, Tokyo pada 2 Jun dan ditutup selepas 4 Jun lalu. Ia akan dibuka semula pada Hari Alzheimer Sedunia pada bulan September.
Nama restoran itu berdasarkan tajuk sebuah kisah pada tahun 1924 oleh Kenji Miyazawa yang dipanggil The Restaurant of Many Orders.

Restoran itu dikendalikan oleh pelbagai pihak, termasuk pemilik Maggie’s Tokyo dan Pusat Maggie yang berpusat di U.K. Pusat-pusat ini memberi sokongan emosi dan nasihat percuma bagi penghidap kanser dan ahli keluarga mereka.
Menyebarkan Kesedaran Mengenai Penerimaan Pesakit Demensia dan Alzheimer
Para pengasas restoran ini berharap dapat menyebarkan mesej mengenai tidak mendeskriminasikan sesetengah orang dalam masyarakat apabila melakukan sesuatu perkara, dan mengajar orang ramai untuk lebih memahami perasaan warga emas yang menghidap demensia. Restoran ini juga berperanan untuk menunjukkan bahawa penghidap demensia dan Alzheimer merupakan anggota masyarakat yang masih boleh melakukan pekerjaan.

Namun begitu, tidak semua perkara berjalan lancar. Restoran itu kerap memberi peringatan bahawa para pelayan mungkin akan membawa pesanan yang salah kepada pelanggan. Mereka juga mungkin lupa untuk membawa minuman atau makanan lain.
Sumber: Daily Mail & Maggie’s Centres