Hiburan

“Despacito” Akhiri Kemarau Fenomena Lagu Latin

Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee single yang sedang memuncak naik kini menakluk carta dunia,mencipta kelainan dan diterima semua golongan. Tidak dinafikan, lagu ini sering di dengar di corong-corong radio dan menjadi siulan ramai.

Lagu yang mencipta fenomena ini berada di kedudukan yang selesa di tempat teratas carta spotify dan Apple di 17 negara berbahasa Sepanyol, memasuki kedudukan 10 teratas seluruh dunia termasuk Itali, Portugis, Switzerland dan Romania.

Sementara itu, video muziknya juga menjadi viral dan kegilaan serta kekal pada tangga pertama dalam carta Global YouTube buat dua minggu berturut-turut.

Lagu ini juga telah memecah satu lagi rekod Vevo dengan menjadi video Sepanyol terpantas mencecah 200 Juta penonton dalam 22 hari, dan kini telah mencecah sebanyak 2.3 Billion tontonan.

Untuk pengetahuan semua video ini merupakan video ketiga terpantas meraih pencapaian sebegini dalam sejarah Youtube selepas Psy “Gentleman” yang meraih 1.0 Billion dan Adele “Hello” yang meraih 1.9 Billion.

Lagu yang menjadi ikutan ini, dihasilkan oleh Andrés Torres dan Mauricio Rengifo dan lirik oleh Luis Fonsi dan Daddy Yankee dengan kerjasama Erika Ender, telah menular jauh dari tempat asal mereka dengan sepantas kilat, sekaligus memecahkan rekod global dan mendominasi carta di seluruh dunia.

Terbaru, “DESPACITO” telah menduduki tangga pertama di Carta “Hot Latin Songs” (Lagu Latin Terhangat) dan “Latin Digital Song” (Lagu Latin Digital) di Amerika Syarikat minggu ini.

Lagu ini juga telah menjadi tular di seluruh dunia dan ramai yang tidak ketinggalan untuk membuat ‘cover’ lagu Despacito ini termasuklah artis terkenal Hollywood Justin Bieber.

Tidak ketinggalan juga di Malaysia, Despacito turut mempunyai pelbagai versi cover yang dirakam oleh netizen termasuk versi Ramadan baru-baru ini.

Ini adalah kali pertama lagu Sepanyol berjaya menduduki carta tertinggi sejak “Macarena” nyanyian Los Del Rio, yang menguasai carta pada tahun 1996 sekaligus mengakhiri kemarau 2 dekad itu.

Sumber: tv14.my

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker