Isu Semasa

Bahaya Tunjuk Boarding Pass Di Media Sosial

Jika kita lihat, kebanyakan orang pada zaman ini yang ingin pergi bercuti akan mengambil gambar passport bersama boarding pass dan kemudian memuat naiknya ke laman sosial masing-masing.

Tetapi, tindakan itu hanya akan mendatangkan bahaya kepada anda.

Ya, kami faham yang ini mungkin kali pertama anda ke luar negara dan anda mahu kongsikan berita gembira ini pada seluruh dunia.

Atau mungkin anda sememangnya seorang yang sering mengembara ke luar negara dan hanya mahu mengongsikan pengamalan anda itu.

Dan, di mana lagi kalau bukan Facebook, Instagram, dan Twitter untuk dijadikan medium bagi menyampaikan “info” ini, bukan?

Gambar sekadar hiasan – Sumber: dailytalk.in

 

Menurut Krebson Security, terdapat sebuah laman web yang boleh membaca kod bar pada boarding pass anda dan kemudian membolehkan penggodam untuk ‘mencuri’ maklumat peribadi anda — termasuk nombor telefon, alamat, dan maklumat tentang semua penerbangan masa depan dengan hanya menggunakan nombor tempahan yang sama.

Ini bermakna, mereka boleh menukar tempat duduk anda dalam penerbangan, membatalkan penerbangan masa depan anda, dan juga menetapkan semula PIN akaun anda dengan sepenuhnya.

Jadi, pada pengembaraan anda pada masa hadapan, jika anda mahu “mengupdate” rakan-rakan anda di media sosial, adalah lebih baik untuk meletakkan gambar selain daripada gambar boarding pass atau pasport anda.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button