Bisnes & Ekonomi

Google dan Uber Terokai Pasaran Aplikasi Penghantar Makanan India

Pada  April lalu, tanpa banyak promosi, Google telah melancarkan agregator khidmat penghantaran makanan ke rumah yang diberi nama Areo untuk pasaran India.

Bandar-bandar utama di India seperti New Delhi, Mumbai dan Kolkata telah menyaksikan kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya dan kepadatan penduduk yang banyak.

Ini telah menambah masa perjalanan di dalam sebuah bandar, dan mengurangkan masa bekerja dalam kalangan penduduk India di bandar-bandar metropolitan ini.

Akibatnya, semakin ramai masyarakat India mula memesan makanan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, daripada memilih untuk memasak di rumah.

Berkongsi gambaran mengenai trend ini, Euromonitor International menulis, “Tahun lepas terdapat penurunan dalam bilangan keluarga yang makan di rumah setiap hari. Penurunan ini mengakibatkan sebahagian besar keluarga/pelanggan memesan makanan untuk dihantar ke rumah , hal  ini  membantu memacu pertumbuhan penghantaran makanan ke rumah  sebanyak 100%. “

Untuk platform penghantaran makanan dalam talian, lebih daripada 80% pesanan kini datang dari lima bandar ternama di India. Namun  di lebih 20 bandar, penghantaran makanan dalam talian masih juga aktif di negara ini.

Oleh sebab terdapat tumpuan pesanan makanan di bandar-bandar ini, mereka yang terlibat dalam penghantaran makanan di India kini  sedang menghadkan pengembangan mereka ke bandar-bandar baru dan lebih memberi tumpuan dalam mencapai kecekapan operasi dan keuntungan di bandarayautama sahaja.

Antara peserta gergasi baru dalam pasaran penghantaran makanan ini adalah Google dan Uber, terdapat juga syarikat permulaan India seperti Swiggy dan Zomato yang sedang mengambil langkah-langkah seperti pengumpulan dana atau membuat pengambilalihan untuk melindungi dan mempunyai sebahagian pasaran penghantaran makanan ini.

Kotak dengan jenama Ubereats di atas scooter dioperasi oleh Uber Technologies Inc.

Kemasukan Google Areo dan Uber Eats

Areo membolehkan pengguna menempah makanan dari restoran berdekatan atau menjadualkan temu janji dengan pekerja profesional tempatan seperti juruelektrik, tukang cat, tukang paip dan ramai lagi.

Pengguna juga boleh membuat bayaran dalam aplikasi tersebut, samaada menggunakan kad, sistem perbankan atau bayaran secara tunai apabila produk tersebut sampai (cash on delivery).

Pada mulanya sebelum pelancaran globalnya, aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store, ia kini beroperasi di Bengaluru dan Mumbai. Namun, ini bukan kali  pertama Google (menerusi Areo)  melibatkan diri dengan khidmat penghantaran. Ia juga  ada terlibat  dalam perkhidmatan penghantaran ekspress di Amerika Syarikat dikenali sebagai Google Express.

Di India, pelancaran Areo diikuti oleh UberEATS pada bulan Mei. Pada mulanya aplikasi teksi yang berpangkalan di  San Francisco ini melancarkan aplikasi tersebut dengan matlamat untuk meliputi kawasan terpilih di sekitar Mumbai.

Uber Eats diramalkan akan dilancarkan di sekurang-kurangnya enam bandar pada akhir tahun ini. Mengulas mengenai pelancaran itu, Bhavik Rathod, Ketua UberEATS India, berkata, “Pelbagai pilihan makanan yang dihantar pada  kelajuan Uber akan memberi peluang ekonomi baru bagi rakan penghantar bersekutu, membolehkan restoran untuk berhubung dengan lebih ramai pengguna dan  membuat pengalaman menikmati juadah menjadi lebih mudah bagi ramai individu.

Tidak mahu membebankan aplikasi teksi itu dengan perkhidmatan baru ini,  ia mempunyai aplikasi penghantaran makanan berasingan yang boleh dimuat turun pada peranti Apple dan Android.

Namun belum kelihatan lagi sama ada gabungan ini mampu membawa keuntungan dalam jangka masa panjang.

Pesaing Uber,  Ola dari India juga telah memulakan perkhidmatan penghantaran makanan, Ola Cafe, yang  telah tutup tahun lalu ketika syarikat  agregator teksi  tersebut memutuskan untuk memberi tumpuan pada perniagaan terasnya.

Makanan India

Selain itu, aplikasi Zomato, FoodPanda India dan FreshMenu juga memikirkan strategi yang paling cekap untuk menghantar makanan lazat yang sesuai dengan selera masyarakat India. Hasilnya, dengan banyak makanan untuk dipilih, pelanggan India akan mempunyai lebih banyak pilihan makanan. Mereka boleh menemui apa-apa  jenis makanan dari restoran berdekatan atau jauh dengan mudah dan boleh membuat pesanan dengan hanya menekan butang yang terdapat pada aplikasi.

Sumber: Forbes

 

Show More

Related Articles

Back to top button