Antarabangsa

7 Fakta Menarik Tentang Brunei Darussalam

Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas, di mana ia juga adalah negara terkecil kedua di Asia Tenggara selepas Singapura.

Di sini, kami bawakan kepada anda 7 fakta menarik mengenai negara Brunei yang anda mungkin tidak pernah tahu.

 

1. HARI KEMERDEKAAN

Bendera Brunei Darussalam – Sumber: www.shutterstock.com

Brunei mencapai kemerdekaan pada 1 Januari, 1984, tetapi hari bersejarah tersebut diraikan pada 23 Februari setiap tahun.

 

2. EKONOMI

Matawang Brunei – Sumber: blog.continentalcurrency.ca

Menurut Bank Dunia (IMF), Brunei merupakan negara kelima yang terkaya daripada 182 buah negara di dunia.

Minyak, gas dan arang adalah sumber utama ekonomi di negara itu.

 

3. KEKAYAAN SULTAN BRUNEI

Antara koleksi kenderaan Sultan Brunei – Sumber: www.ohmymedia.cc

Sultan Brunei ke-29, Sultan Hassanal Bokiah adalah raja kedua yang terkaya di dunia selepas Raja Thailand.

Baginda memiliki koleksi lebih daripada 5,000 buah kenderaan, termasuk  20 Lamborghini, 160 Porsche, 130 Rolls Royce, 360  Ferrari, 170 Jaguar, 180 BMW, 360 Bently, dan 530 Mercedes-Benze.

 

4. PENGLIBATAN BRUNEI DALAM ACARA SUKAN DUNIA

Sukan Olimpik 1988 di Korea Selatan – Sumber: olympic.ca

Brunei pertama kali menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1988, tetapi mereka hanya menghantar seorang wakil pegawai dan tiada atlet.

Negara itu juga tidak pernah memenangi pingat Olimpik atau Anugerah Nobel, tetapi pasukan bola sepak mereka pernah memenangi Piala Malaysia pada tahun 1999.

 

5. NEGARA MEMBANGUN

Bandar Seri Begawan – Sumber: www.limkokwing.net

Walaupun Brunei diklasifikasikan sebagai negara membangun, rakyat di negara itu menerima pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma serta subsidi makanan dan perumahan.

Mereka juga tidak perlu membayar cukai pendapatan peribadi.

 

6. TIDAK MENGGUNAKAN JARI TELUNJUK UNTUK MENUNJUK

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.ramalanmimpi.com

Di Brunei, ia dianggap tidak sopan untuk menunjuk sesuatu menggunakan jari telunjuk. Sebaliknya, mereka menggunakan jari ibu.

 

7. JAWATAN SULTAN BRUNEI

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah – Sumber: jadiberita.com

Sultan Hassanal Bokiah ditabalkan sebagai Sultan Brunei pada tahun 1967,  ketika baginda berusia 21 tahun.

Selain itu, baginda turut memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri & Perdagangan, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Bersenjata Di-Raja Brunei.

 

Sumber: Express UK, Semesta Fakta

 

 

 

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close