AntarabangsaIsu Semasa

Istana Buckingham Lantik Kapten Pengawal Wanita Pertama

Seorang tentera Kanada telah melakar sejarah apabila dilantik menjadi Kapten Pengawal wanita pertama untuk Ratu Britain, Ratu Elizabeth di Istana Buckingham.

Kapten Megan Couto, baru berusia 24 tahun serta unit tentera negaranya, Batalion Kedua, Infantri Ringan Kanada Puteri Patricia (2PPCLI) turut dipelawa ke UK sempena sambutan ulang tahun Kanada ke-150 yang diraikan pada tahun ini.

Sebelum berarak bersama unitnya dari Wellington Barracks ke Istana Buckingham, Couto menyatakan bahawa beliau amat tenang dan tidak rasa terlalu gemuruh.

Kapten Megan Couto – Sumber: www.express.co.uk

“Saya tidak rasa terlalu gemuruh,” katanya sambil menambah bahawa beliau hanya perlu fokus dalam memberi arahan yang betul kerana anggota-anggota batalionnya sudah tahu peranan masing-masing.

Couto berkata, beliau akan memberi fokus sepenuhnya untuk melaksanakan tugas dan akan sentiasa merendah diri.

Sebelum ini, tiada seorang wanita pun yang pernah memegang jawatan bergelar Mounting the Queen’s Guard┬áitu, kerana golongan wanita dilarang daripada melibatkan diri dalam sebarang peranan dalam pertempuran darat.

Kini, kerajaan Britain membuka peranan tersebut kepada wanita dalam tempoh tiga tahun secara berperingkat.

Menurut Sir Michael Fallon, Setiausaha Pertahanan Britain, beliau sentiasa mahukan agar peranan dalam angkatan tentera ditentukan oleh kemampuan seseorang individu dan bukan daripada perbezaan jantina.

“Wanita telah memberi perkhidmatan yang amat bagus dalam konflik-konflik sejak kebelakangan ini, bekerja dalam pelbagai peranan yang amat khusus dan penting,” ujarnya.

Tambah Fallon lagi, dengan membuka peluang ini kepada golongan wanita, mereka akan terus membina kejayaan dan memperbaiki kemampuan operasi tentera negara itu.

 

Sumber: Independent UK
Show More

Related Articles

Back to top button