Isu SemasaTempatan

Dialisis Lebih Murah Untuk Pesakit Buah Pinggang?

Kos perubatan dialisis untuk pesakit buah pinggang dijangka menjadi 30 peratus lebih rendah dengan alat yang lebih cekap direka di dalam negara.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membangunkan “hemodialyser” yang lebih baik, yang boleh membersihkan darah dengan kadar 30 peratus lebih tinggi daripada mesin dialisis sedia ada.

Haemodialyser adalah komponen penting dalam rawatan dialisis.

Salah seorang penyelidik haemodialyser, Profesor Dr Ahmad Fauzi Ismail, berkata pasukannya memerlukan kira-kira RM5 juta untuk menyiapkan alat itu, termasuk menjalankan ujian klinikal.

Haemodialyser  terbaru itu akan dapat membersihkan 14 Liter darah seminit berbanding dengan 8 Liter oleh jenama sedia ada. Sekiranya memperoleh pembiayaan penuh, pihak penyelidik berharap dapat menghasilkannya secara komersil dalam masa dua tahun akan datang.

 

toodia_dialisis
Fauzi bersama alat haemodialyser

 

Terdapat pasaran besar untuk peranti itu kerana semua haemodialyser yang digunakan oleh pesakit buah pinggang di Malaysia pada masa kini adalah yang diimport.

Ini adalah projek berimpak tinggi untuk orang ramai. Pihak penyelidik mempunyai teknologi dan tenaga kerja, tetapi masih memerlukan pembiayaan untuk mengubahnya menjadi kegunaan komersial.

Fauzi berkata, pasukan yang terdiri daripada enam pensyarah kanan dan enam pelajar doktor falsafah, mengambil masa lebih dua tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R & D) peranti tersebut.

“Kami telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Foresight Industries Sdn Bhd pada Mac tahun lepas untuk pembangunan peranti di mana ia menyediakan dana sebanyak RM1 juta untuk membina ruang bersih untuk R & D peranti itu. Jika ada syarikat yang berminat untuk melabur dalam pengeluaran komersil peranti itu, kami akan mengalu-alukan mereka.”

Penciptaan haemodialyser itu adalah fasa pertama projek empat peringkat untuk membangunkan keseluruhan pakej untuk rawatan dialisis, termasuk mesin dialisis. Peruntukan kira-kira RM20 juta diperlukan untuk membangunkan keseluruhan pakej.

Menurut statistik dari Yayasan Buah Pinggang Nasional Malaysia, terdapat 38,157 pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis pada bulan Mac tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 43,000 menjelang akhir tahun ini.

Kos purata rawatan untuk setiap pesakit adalah lebih daripada RM25,000 setahun.

 

Sumber: Newstraitstimes

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button