AntarabangsaIsu SemasaSukan

Impak Brexit Terhadap Liga Perdana Inggeris

Keputusan United Kingdom  untuk berpisah dengan European Union (EU)  merupakan satu kejadian yang cukup besar dalam sejarah negara masing-masing, dan mempunyai impak terhadap sukan terutama sekali Liga Perdana Inggeris (EPL), liga bola sepak utama di dunia.

Walaupun minggu ini akan diingati untuk jangka masa yang panjang, perpisahan tersebut bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek. Tatkala ia membabitkan pelabgai syarikat-syarikat Eropah yang lain, kami hanya akan melihat perubahan yang ketara dalam tempih 2-10 tahun.

Liga Perdana Inggeris (EPL) – Sumber: www.mchepuko.com

Perjanjian antara negara-negara EU dan European Economic Area (EEA) bermakna penduduk negara masing-masing boleh berhijrah, bekerja dan mendirikan rumah tangga antara satu sama lain. Secara ringkasnya, ia menyatukan kesemua negara-negara EU tanpa diskriminasi seperti label pekerja import.

Jika anda mengikuti perkembangan EPL, anda pasti tahu pemain-pemain import memberi sinar kepada saingan liga. Jadi, Brexit bermakna pemain-pemain import dari negara jiran EU seperti Sepanyol, Perancis, Belgium, Belanda dan lain-lain harus mendapatkan permit pekerjaan terlebih dahulu. Hasilnya, keadaan akan bertambah rumit untuk pemain-pemain import.

Bayangkan, Arsenal tanpa Cesc Fabregas iaitu bekas kapten pasukan? Untuk rekod, Fabregas menyertai Arsenal sebagai pemain remaja dan itu juga akan berubah dalam masa akan datang.

Walaupun Akta Pemindahan Pemain FIFA tidak membenarkan pemain import menyertai pasukan profesional pada usia kurang 18 tahun, negara-negara EU boleh berbuat demikian biarpun pemain itu berumur 16 tahun. Kini, kesemuanya berubah.

Apa yang pasti, pengendali EPL iatu Barclays akan cuba sedaya upaya untuk memastikan operasi bola sepak di United Kingdom kekal seperti biasa. Namaun, ia juga dijangka akan menimbulkan pelbagai jenis masalah dalam masa akan datang.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker