Antarabangsa

10 Undang-Undang Pelik Di Dunia

Setiap negara di dunia mempunyai undang-undang tersendiri mengikut kesesuaian keadaan dan masyarakat mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir negara yang mengamalkan undang-undang yang amat pelik dan dianggap ‘tidak masuk akal’.

 

1. AUSTRALIA

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.anh-usa.org

Di Victoria, Australia, hanya juruelektrik yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk menukar mentol lampu. Walaupun di rumah sendiri, anda dilarang untuk menukar mentol tersebut sekiranya anda bukan seorang juruelektrik.

Jika ingkar, anda boleh dikenakan denda sebanyak 10 Dolar Australia.

 

2. ITALY

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.zedge.net

Di Milan, ia menjadi satu kewajipan untuk senyum sepanjang masa, kecuali ketika menghadiri pengebumian atau lawatan hospital. Jika tidak, anda perlu membayar denda.

 

3. POLAND

Winnie The Pooh – Sumber: www.youtube.com

Watak kartun Disney, Winnie the Pooh diharamkan di semua taman permainan di Tuszyn, Poland. Menurut pihak berkuasa tempatan, watak itu tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil kerana pakaiannya yang “separuh bogel”.

 

4. KOREA UTARA

Ilustrasi hukuman 3 generasi – Sumber: www.quora.com

Korea Utara mempunyai satu undang-undang yang amat berkontroversi yang dipanggil “hukuman 3 generasi”. Sebagai contoh, jika anda melakukan jenayah di negara itu, anda serta anak dan cucu anda akan dikenakan hukuman penjara.

Antara kesalahan yang terbesar di Korea Utara adalah membelot, mengkritik kerajaan dan menonton filem-filem Barat dan Korea Selatan.

5. CHINA

Biarawan Buddha Tibet – Sumber: www.awesomestories.com

Pada tahun 2007, kerajaan China meluluskan satu undang-undang yang disifatkan sebagai ‘tidak masuk akal’, di mana biarawan Buddha Tibet dilarang untuk ‘lahir semula’ tanpa kebenaran pihak kerajaan.

 

6. RUSIA

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.merlinandrebecca.blogspot.my

Di bandar Chelyabinsk, Rusia, memandu kereta yang kotor adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan pemandu akan dikenakan bayaran denda jika melanggar peraturan ini.

 

7. SWITZERLAND

Gambar sekadar hiasan – Sumber: outofthewilderness.me

Di Switzerland, mengepam tandas selepas pukul 10 malam di bangunan flat adalah dilarang sama sekali. Kerajaan negara itu menganggap tindakan itu sebagai “pencemaran bunyi”.

 

8. KANADA

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.ebay.com

Dalam undang-undang Kanada, 1 daripada setiap 5 lagu yang disiarkan dalam radio perlu dinyanyikan oleh warga negara itu.

 

9. THAILAND

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.shipton.com

Salah satu undang-undang yang ‘unik’ di Thailand adalah rakyat tidak dibenarkan untuk keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

 

10. FILIPINA

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.thebluecodes.wordpress.com

Individu-individu yang menjengkelkan (annoying) akan mengalami waktu yang sukar di Filipina kerana ia dianggap sebagai satu kesalahan di negara itu.

Sekiranya anda seorang yang annoying, anda boleh dikenakan hukuman penjara selama 1 hingga 30 hari, membayar denda sebanyak 5 peso hingga 200 peso, atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber: I Heart Intelligence, Daily Mail UK

 

Show More

Related Articles

Back to top button