FesyenGaya Hidup

Reebok Bakal Perkenal Kasut Berasaskan Tumbuhan

Pada bulan April 2017, jenama pakaian terkenal, Reebok mengumumkan pelancaran produk inovatif yang akan membawa kasut berasaskan tumbuhan ke pasaran pada tahun 2017 nanti.

Kasut yang diberi nama “Cotton + Corn” adalah kasut yang diperbuat daripada kapas organik pada bahagian atas dan tapaknya diperbuat daripada jagung yang ditanam secara komersial bagi tujuan ini.

 

toodia_reebok

 

Dengan “Cotton + Corn”, Reebok memberi tumpuan kepada ketiga-tiga fasa kitaran hayat produk. Pertama adalah tumpuan kepada penghasilan produk di mana mereka akan menggunakan bahan-bahan yang tumbuh dan boleh diguna semula, bukan bahan berasaskan petroleum yang biasa digunakan hari ini.

Kedua, ketika produk ini memasuki pasaran, Reebok akan memastikan pengguna akan berpuas hati dengan bentuk dan fungsi kasut ini.

Reebok juga mengambil berat tentang apa yang dilakukan kepada kasut setelah tidak dipakai. Oleh itu, mereka telah memberi tumpuan kepada bahan-bahan berasaskan tumbuhan seperti jagung dan kapas supaya produk terbaru ini boleh dikompos.

Secara umumnya, matlamat utama Reebok adalah untuk menghasilkan produk mesra alam yang boleh dikompos setelah digunakan. Hasil kompos ini kemudiannya akan digunakan sebagai sebahagian daripada tanah untuk mengembangkan bahan-bahan bagi penghasilan kasut seterusnya.

Untuk inisiatif “Cotton + Corn” ini, Reebok bekerjasama dengan DuPont Tate & Lyle Bio Products, yang merupakan pengeluar bahan berasaskan bio berprestasi tinggi.

Pasukan Masa Depan Reebok dicipta untuk membuat inovasi bukan sahaja pada produk yang dihasilkan, tetapi juga meliputi proses untuk membuatnya. “Cotton + Corn” adalah salah satu contoh produk inovatif yang mampu memberi impak positif jangka panjang kepada dunia.

 

Sumber: sportswearinternational

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close