Bisnes & Ekonomi

Perkhidmatan Tmall Mula Dilancarkan Di Asia Tenggara

Kini, rakyat Malaysia mempunyai sebuah lagi saluran membeli-belah baru dalam talian.

Syarikat e-dagang gergasi China, Alibaba Group Holding Ltd baru-baru ini berkata ia akan melancarkan saluran jualan baru di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan, ketika syarikat-syarikat e-dagang di China bersaing untuk mendapatkan pelanggan baru dari rantau ini.

Perkhidmatan baru ini diberi nama Tmall World. Ia akan membolehkan pengguna luar China membeli barang-barang dari Tmall milik Alibaba.

toodia_tmall
Tmall sedang melebarkan sayapmya ke platform membeli belah dalam talian di Asia Tenggara.

Tmall di Asia Tenggara

Platform membeli-belah dalam talian ini mempunyai sasaran sebesar 500 juta penduduk dari Asia Tenggara.

Pengarah  bahagian Asia Tenggara Tmall World,  Elaine Hu mengatakan Malaysia sedang mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi pengguna baru kerana penawaran produk, promosi dan logistik yang baik.

“Kami memberi tumpuan kepada produk berciri tempatan seperti fesyen dan aksesori yang popular di Malaysia,” katanya kepada media Malaysia ketika melawat  tapak ke Kampus Xixi milik Alibaba.

People walk at the headquarters of Alibaba in Hangzhou, Zhejiang province, April 23, 2014. REUTERS/Chance Chan
Ibupejabat Alibaba di  Hangzhou,  di Wilayah Zhejiang

Logistik Tmall di Malaysia

Hu berkata pelbagai usaha telah diambil  untuk memperbaiki masa penghantaran barangan ke pengguna Malaysia. Sebanyak 20 peratus pengurangan dalam masa penghantaran telah dicatat sejak tahun lepas.

“Bagaimanapun, kami mendapati bahawa terdapat isu lain selain penghantaran, kerana harga adalah satu lagi faktor penting,” katanya.

Hu berkata, Tmall World bekerja dengan rakan kongsi tempatan di Malaysia untuk mengendalikan penghantaran terakhir ke pelanggan dan berdasarkan maklum balas yang kami terima, pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan logistik ini.

“Pakaian dan hiasan tradisional juga popular di Malaysia,” katanya.

Untuk menarik ramai pengguna Malaysia dia berkata, produk juga ditawarkan dengan adanya diskaun  terhadap logistik dan produk.

Sumber: The Borneo Post & Business of Fashion

Show More

Related Articles

Back to top button