AntarabangsaIsu Semasa

Masyarakat Muslim China: Sambutan Aidilfitri

Masyarakat Muslim di China

Terdapat  56 etnik di China. 10 etnik terdiri daripada komuniti di mana majoritinya bergama Islam. Masyarakat Islam yang paling dikenali ramai adalah etnik Hui dan Uighur. Etnik Hui terdapat di serata China, sebahagian besar daripada mereka terdapat di Ningxia, yang merupakan kawasan autonomi Hui.  Sebahagian besar lagi terdapat di Gansu, Qinghai, dan Yunnan.

Setelah matahari terbenam di Kashgar, ribuan penganut Islam bergerak keluar rumah ke jalanan. Di Masjid Id Kah terdapat sajian makanan yang kelihatan menyelerakan,  suasana di sekitarnya penuh dengan rasa semangat dan syukur.

Umat Islam di China menunaikan solat di Masjid Id Kah

Setelah sebulan berpuasa dan giat beribadah, mereka  bersedia untuk berseronok- muzik mula dimainkan dan kaum wanita mula menari.

Ini adalah malam untuk mereka berkumpul dan berseronok, kerana bandar raya yang mempunyai masyarakat majoriti Islam di China  ini  bakal meraikan perayaan yang paling penting dalam kalendar Islam:  Sambutan Aidilfiltri.

Kebanyakan mayarakat Hui merupakan keturunan daripada para pedagang Laluan Sutera Asia serta masyarakat muslim  Asia Tengah yang merupakan sebahagian daripada tentera Mongol dimiliki Genghis Khan.

Kelompok etnik Muslim lain, seperti Uighur, Kazakh dan Tajik yang berasal dari Turki, dari segi budaya dan adat resam lebih berbeza berbanding masyarakat Han.

Masyarakat Hui  sangat berbeza dalam cara mereka mengamalkan Islam, ada yang mengamalkan “budaya” Islam seperti masyarakat Barat mengamalkan tradisi Kristian  dalam cara yang sekular,  terdapat juga yang sangat taat.

Secara umumnya, masyarakat  Uighur mengamalkan ajaran Islam dengan lebih tegas. Mereka yang melawat wilayah seperti Xinjiang akan dapat melihat wanita bertudung penuh, serta melihat penduduk di sana menuju ke masjid apabila mendengar azan untuk menunaikan solat.

Aidilfitri di China

Sama seperti masyarakat Islam yang terdapat di serata dunia, masyarakat Islam China juga meraikan Aidilfitri. Walaupun pada kebelakangan ini, pihak berkuasa China memantau aktiviti komuniti etnik Islam yang bertaburan di seluruh negara kerana bimbang akan tindakan pengganas oleh puak pemisah, tidak terdapat perubahan dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Di masjid-masjid di China, umat Islam berkumpul untuk bersolat jemaah sambil Imam membacakan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran. Ketika matahari terbenam, aktiviti puasa berakhir dan terdapat sebuah jamuan yang biasanya ditaja oleh pihak masjid.

Pegawai kerajaan di sana selalunya  tidak boleh mengambil bahagian dalam sambutan ini, kerana mereka dikehendaki mengekalkan gaya hidup sekular untuk menghindari konflik yang wujud antara agama dan negara, serta supaya mereka kekal objektif apabila mengendalikan urusan-urusan berkaitan agama.

Makanan sempena Aidilfitri dijual di luar Masjid Jiangwan

Di Wilayah Xinjiang dan Ningxia, masing-masing kawasan yang dipenuhi dengan etnik Uighur dan Hui, terdapat cuti umum bagi sambutan Aidilfitri dan semua orang sama ada mereka penganut agama Islam atau tidak, dapat bercuti dan berehat daripada melakukan kerja atau menghadiri sekolah untuk meraikan perayaan ini. Tol di jalan-jalan pada hari itu juga adalah percuma.

Perayaan Aidilfitri Terkenal Di China

Kashgar merupakan lokasi perhimpunan masyarakat Uighur terbesar untuk menyambut Aidilfitri di China. Masjid Id Kah adalah pusat sambutan perayaan ini, dan beribu-ribu daripada mereka yang kebanyakannya terdiri daripada umat Islam Uighur berkumpul untuk mendengar khutbah dalam bahasa Uighur (mereka merupakan saudara terdekat warga Turki).

Selesai sahaja solat, majlis pun bermula, sajian juga dihidangkan untuk dinikmati umat Islam selepas berpuasa sepanjang sebulan.  Terdapat juga muzik dan tarian-di jalan-jalan berhampiran masjid tersebut.

Ini merupakan masa yang terbaik untuk pengembara menikmati perayaan tradisi masyarakat Uighur. Ia merupakan salah satu kejadian tahunan yang penting disambut di Kashgar.

Masjid Niujie

Satu lagi perayaan Aidilfitri yang terkenal di China adalah di Xining, wilayah Qinghai, di mana lebih 200,000 umat Islam, kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Hui dan masyarakat minoriti Salar,  berkumpul di Masjid Dongguan untuk mendirikan solat dan mendengar khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab dan Mandarin.

Sambutan Aidilfitri di Beijing diadakan di Masjid Niujie, salah satu masjid tertua dan terbesar di negara itu. Kawasan sekitar Masjid Niujie adalah kediaman bagi ramai umat Islam. Institut Islam China juga terletak berhampiran masjid tersebut.

Sumber: The Culture Trip

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker