Antarabangsa

5 Fakta Unik Tentang Vietnam

Vietnam merupakan satu ‘hotspot’ untuk kaki membeli belah kerana harga barangannya yang amat murah dan berpatutan Tetapi, pasti ramai yang mungkin tidak tahu atau terlepas pandang beberapa perkara unik di negara itu. Di sini, kami bawakan kepada anda 5 fakta menarik mengenai Vietnam.

 

1. MOTOSIKAL DI MANA-MANA!

Pengguna motosikal di Vietnam – Sumber: www.tinmoi.vn

Vietnam dibanjiri dengan motosikal! Berdasarkan statistik Kementerian Pengangkutan negara  pada tahun 2013, daripada 90 juta lebih populasi penduduk di negara itu, 37 juta orang didaftar memiliki motosikal manakala pemilik kenderaan hanya 2 juta orang.

Harga untuk memiliki kenderaan amat mahal kerana cukainya adalah sekitar 100% hingga 200%, jadi kenderaan dilihat sebagai satu kemewahan dan dimiliki oleh golongan kaya.

Cukai untuk motosikal pula jauh lebih murah dan ia menjadi medium pengangkutan pilihan majoriti penduduk.

 

2. ‘SYURGA’ KOPI

Air Kopi – Sumber: es.aliexpress.com

Negara ini juga amat sesuai untuk penggemar kopi! Vietnam merupakan negara pengeluar kopi yang kedua terbesar di dunia selepas Brazil, di mana mereka menghasilkan 16% kopi di dunia manakala Brazil pula mengeluarkan 40%.

Kopi di sana dikatakan amat lazat dan dijual dengan harga murah!

 

3. KULIT PUTIH DIANGGAP SEBAGAI ‘KESEMPURNAAN’

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.beststylo.com

Di negara Barat, kulit gelap (tan) selalunya dilihat sebagai warna kulit ideal berbanding kulit putih pucat.

Tetapi di Asia, khususnya Vietnam, kulit putih dianggap sebagai warna kulit ideal dan kulit gelap kurang diminati kerana ia seperti melambangkan ‘buruh yang bekerja di bawah matahari’.

Oleh itu, produk-produk pemutihan kulit adalah satu perniagaan yang besar di seluruh negara itu dan rakyat Vietnam selalu menutup badan mereka di bawah matahari.

 

4. KADAR PENGANGGURAN YANG RENDAH

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.southampton.ac.uk

Daripada semua negara membangun di seluruh dunia, Vietnam merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran terendah.

Walaupun masih berstatus negara membangun, kadar celik huruf di negara itu adalah 94%.

 

5. HAMPIR SEMUA ORANG BERNAMA NGUYEN

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.nextshark.com

Ho Chi Ming dan Nguyen adalah nama biasa yang boleh dijumpai hampir di seluruh negara itu.

Nguyen merupakan nama keluarga yang paling popular di Vietnam, di mana ia digunakan oleh kira-kira 40% populasi negara tersebut dan ia juga adalah nama kelahiran Ho Chi Minh.

Ho Chi Minh adalah pemimpin yang mengetuai perjuangan kemerdekaan Vietnam menentang penjajahan Perancis dan Jepun.

Dalam peperangan Amerika Syarikat selepas itu, beliau dianggap sebagai simbol perpaduan penting dan pada tahun 1976, Saigon telah dinamakan kepada Bandar Ho Chi Minh.

 

Sumber: Nomadic Boys, Travelling East

 

Show More

Related Articles

Back to top button