AntarabangsaIsu Semasa

Takhta Monarki Britain Tiada Pewaris?

Putera Harry, cucu kepada Ratu Britain, Ratu Elizabeth, mendedahkan bahawa tiada seorang pun di dalam keluarga diraja itu mahu mewarisi takhta dalam monarki Britain.

“Adakah sesiapa dalam Keluarga Diraja ingin menjadi raja atau ratu? Saya rasa tiada, tetapi kami akan melaksanakan tugas pada waktu yang betul,” katanya dalam satu temubual bersama majalah Newsweek mengenai kehidupan peribadi beliau dan masa depan monarki Britain.

 

Kematian Puteri Diana Berkesan Di Jiwa

Puteri Diana – Sumber: www.deslettres.fr

Harry juga meluahkan kesedihan dan kebenciannya tentang apa yang beliau (berusia 12 tahun pada waktu itu) diminta untuk lakukan ketika pengebumian ibunya, Puteri Diana yang meninggal dunia akibat kemalangan pada tahun 1997.

“Ibu saya baru meninggal dunia, dan saya terpaksa berjalan jauh di belakang kerandanya, dikelilingi ribuan orang yang melihatnya,” ujar beliau sambil menambah bahawa jutaan orang turut menyaksikan peristiwa itu menerusi televisyen.

Harry menegaskan bahawa situasi seperti itu tidak patut dilalui oleh mana-mana kanak-kanak dalam apa jua keadaan sekali pun.

 

Putera Harry Inginkan Kehidupan Sederhana Tanpa Adat Monarki Britain

Putera Harry – Sumber: www.abcnews.go.com

Dalam pada itu, beliau menyifatkan ibunya sebagai seorang insan yang pandai berjenaka, sentiasa membuat keadaan menjadi seronok dan seorang pelindung yang baik.

Harry turut memuji Diana kerana memainkan peranan yang amat penting dalam menunjukkan beliau kehidupan yang sederhana.

Putera tersebut berkata, orang ramai pasti terkejut dengan kehidupan biasa yang dijalani oleh beliau dan abangnya, Putera William.

Sekiranya mempunyai zuriat suatu hari nanti, Harry berhasrat untuk mengajar anak-anaknya untuk menjalani kehidupan biasa.

“Kami terlibat dalam memodenkan monarki British. Kami tidak melakukannya untuk diri kami sendiri, tetapi untuk kebaikan rakyat,” katanya.

 

Mahu Meneruskan Legasi Ratu Elizabeth Tetapi Tidak Mahu Mengambil Alih Tempatnya

Tambah Harry lagi, Putera William, isteri (Kate Middleton) serta dirinya sendiri ingin meneruskan legasi yang telah dikecapi oleh Ratu Elizabeth lebih daripada 60 tahun, namun mereka tidak akan cuba untuk mengambil alih tempatnya.

Malah, Ratu Elizabeth turut memberi cucu-cucunya untuk mengambil masa, berfikir masak-masak dan membuat pilihan sendiri.

Show More

Related Articles

Back to top button