Teknologi

Detox Digital: Rakyat Malaysia Sukar Berenggang Dengan Telefon

Detox Digital Secara Menyuluruh Sukar Dilakukan

Mungkin detox digital tidak boleh dilakukan secara menyeluruh ketika ini, namun begitu orang ramai perlu pandai dalam menentukan bagaimana dan bila mereka ingin menjawab pelbagai mesej yang mereka terima, untuk hidup yang lebih seimbang.

Bangun pagi sahaja, perkara pertama yang dilakukan adalah memeriksa telefon bimbit. Rasa gelisah jika tidak dapat melihat skrin untuk seketika. Tidak banyak bercakap ketika di restoran, tetapi apabila makanan tiba, bergegas untuk menangkap gambar dan memuatnaik di laman sosial.

Adakah anda orang tersebut?

Jika ya, anda mungkin memerlukan “detox digital” – iaitu rehat sementara dari menggunakan peranti digital untuk kembali ke dunia sebenar, berhubung dengan diri anda yang sebenar dan berinteraksi dengan orang lain secara bersemuka, iaitu- di dunia sebenar.

toodia_digitaldetox3
Detoks digital adalah tidak menggunakan peranti digital buat sesuatu tempoh masa

 

Corak Penggunaan Peranti Digital Rakyat Malaysia

Setiap pengguna internet di Malaysia mempunyai purata empat jenis akaun media sosial, maklumat ini didedahkan menerusi Bancian Pengguna Internet 2016 yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut satu laporan oleh Vserv – sebuah platform data pintar terkemuka untuk pemasaran dan perdagangan mudah alih, rakyat Malaysia menghabiskan purata lebih 3 jam pada telefon pintar mereka setiap hari.

Di senarai teratas adalah Facebook, dengan 96.5% pengguna Internet di Malaysia mempunyai profil FB, diikuti oleh WeChat Moments (61.2%), Instagram (46%) dan YouTube (42.1%).

Pengguna media sosial menghabiskan jumlah rata-rata empat jam sehari melayari platform sedemikian melalui pelbagai peranti digital mereka.

Lebih teruk lagi, tinjauan menunjukkan bahawa terdapat 4.1% pengguna menghabiskan lebih daripada 12 jam sehari di media sosial.

Sebaliknya, di negara-negara Barat, lebih ramai orang menggunakan cuti  mereka untuk sebuah sesi detoks digital, dengan pelancongan kesihatan menjadi perniagaan yang semakin berkembang, menurut sumber berita DPA.

Trend Detox Digital

Istilah “detox digital” digunakan pertama kali oleh Levi Felix dan Brooke Dean dari Calfornia pada tahun 2012, mereka berdua mengadakan sesi untuk mereka yang ingin berehat dari dunia maya dan berhubung dengan diri mereka yang sebenar dan dunia fizikal di sekeliling mereka.

toodia_digitaldetox

 

3 ciri-ciri yang anda tidak mahu beregang dari telefon bimbit semasa melancong:-

  1. Mengadu jika tiada akses WiFi di lapangan terbang.
  2. Mengharapkan sebuah hotel mempunyai perkhidmatan WiFi yang baik.
  3. Mengambil gambar percutian dan menyiarkannya secara dalam talian supaya kawan-kawan mereka iri hati dengan mereka ataupun mereka hanya ingin berkongsi kegembiraan dengan orang lain.

Kerja Menghalang Rakyat Malaysia Menutup Peranti Digital Semasa Bercuti

Walau bagaimanapun, mungkin juga  salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia perlu sentiasa boleh dihubungi semasa bercuti adalah kerana kerja mereka.

Terdapat sesetengah majikan perlu menghubungi pekerja mereka untuk perkara-perkara penting dan keperluan bagi pekerja untuk boleh dihubungi pada kebanyakan masa juga dipengaruhi oleh faktor globalisasi,. Ini kerana ada sesetengah syarikat yang berurusan dengan pejabat dan pelanggan dalam zon waktu yang berbeza seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Keadaan ini juga ada di Malaysia, negeri-negeri berlainan mempunyai hari cuti berbeza. Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu berbanding dengan hari Sabtu dan Ahad di negeri-negeri lain.

toodia_digitaldetox4
Detoks digital secara menyeluruh agak sukar dilakukan kerana tanggungjawab kerja seorang individu yang banyak

Tips untuk pengguna ketagih menggunakan telefon pintar

  1. Gunakan nada dering berbeza pada peranti mereka untuk membezakan  di antara mesej dari tempat kerja dan mesej dari keluarga dan rakan-rakan supaya mereka tahu menguruskan apa yang penting bagi mereka.
  2. Mungkin keluarga sepatutnya memulakan polisi tidak menggunakan telefon ketika sedang makan dan hanya menumpukan perhatian kepada perbualan dengan orang yang tersayang.
  3. Latih untuk disiplinkan diri.

 

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button