AntarabangsaIsu Semasa

Belia China Dikhuatiri Terjebak Permainan Jahit Kulit

Media China meminta ibu bapa berwaspada mengenai trend terbaru dalam talian iaitu menjahit corak sulaman di kulit. Beberapa minggu kebelakangan ini, pengguna dalam talian terutama golongan remaja telah memaparkan gambar-gambar corak bersulam yang dijahit di kulit mereka di media sosial.

Permainan ini diilhamkan dari kartun Jepun yang dilarang, dan mengikut trend yang dimulakan oleh permainan membunuh diri yang terkenal beberapa bulan dahulu dikenali sebagai “Blue Whale”. Media memberi amaran bahawa permainan berbahaya ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau virus dalam saluran darah.

Menyulam kulit adalah kegiatan yang tersebar secara rahsia dalam kalangan remaja di China. Imej kulit yang dijahit dikongsi dalam talian pada halaman Sina Weibo.

Image result for chinese self embroidery

 

Gambar-gambar yang dimuat naik menunjukkan peserta menggunakan benang berwarna untuk menjahit corak melalui kulit di tangan, kaki, dan juga bibir mereka. Ada juga menambah manik dan reben sebagai hiasan tambahan.

Walaupun terdapat banyak laporan di luar negara tentang pelarian atau penunjuk perasaan menggunakan teknik menjahit mulut sebagai satu bentuk aktivisme, terdapat kebimbangan di China bahawa trend kontroversi ini hanya memberikan keburukan dan membahayakan diri.

toodia_game
karakter komik tokyo ghoul

Permainan ini dikatakan diilhamkan oleh watak manga bernama Juuzou Suzuya dari siri manga fantasi gelap “Tokyo Ghoul”. Karakter dalam manga ini dipaparkan dengan imej jahitan pada diri sendiri sebagai bentuk pengubah tubuh dengan jahitan di bawah mata, bibir, leher dan lengan.

Walaupun secara rasmi diharamkan di negara itu, komik tersebut tetap mendapat sambutan dalam kalangan belia negara.

Media juga menyalahkan peningkatan dalam penyertaan permainan “Blue Whale”, yang telah menjadi semakin popular di China sejak dua bulan lalu. Sekurang-kurangnya seorang remaja Cina telah ditangkap kerana “menyebarkan ekstremisme”, selepas menyiarkan gambar dan komen menggalakkan penyertaan.

Susulan itu, banyak portal berita kemudiannya telah mengintip forum dan kumpulan chat yang dipercayai menggalakkan penyertaan kegiatan mencederakan diri itu.

 

Sumber: BBC.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker