Bisnes & Ekonomi

Sisi Tony Fernandes Yang Jarang Dilihat

 Tony Fernandes dikenali ramai sebagai pengasas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang kian melebarkan sayapnya ke serata dunia.  Mari kenali rakyat Malaysia ini yang memulakan perjalanannya dalam industri penerbangan setelah membeli sebuah syarikat kapal terbang bermasalah yang hanya mempunyai dua pesawat sahaja pada ketika itu. Temubual ini  memperkenalkan Tony Fernandes dari sudut yang berbeza daripada yang sering dipaparkan di media massa.

Tony Fernandes merupakan Ketua Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia

Ketika berusia 15 tahun,  Tony Fernandes kini Ketua Eksekutif AirAsia, sedang menghadiri sekolah berasrama penuh di Britain apabila dia mendapat panggilan telefon daripada bapanya di Kuala Lumpur yang memberitahu bahawa ibunya sedang tenat.

“Tetapi  disebabkan bapa saya seorang yang  negatif dan pesimistik, jadi saya tidak mengambil terlalu serius perkara itu,” katanya.

“Namun begitu ada satu hari, dia menangis ketika bercakap di telefon mengatakan ibu saya sudah tiada lagi.  Ketika itu saya rasa dunia saya sedang hancur.”

Rapat Dengan Ibu, Ena Fernandez

Ibunya, Ena, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang yang memberi kesan terhadap jantung. Ketika itu ibunya berusia 48 tahun, suka bergaul dan merupakan seorang ahli perniagaan yang bijak. Fernandes sangat rapat dengannya, kerana beliau merupakan anak tunggal sebelum adik perempuannya dilahirkan ketika dia berusia 12 tahun.

“Pada tahun itu saya perlu menduduki peperiksaan O-level, jadi ayah saya berkata tidak ada gunanya balik. Kerana saya hanya akan ponteng sekolah selama beberapa hari, “katanya.

Tambahnya lagi : “saya merupakan seorang ahli sukan yang sederhana, tiba-tiba selepas ibu saya meninggal dunia, saya menjadi ahli sukan yang menakjubkan. Maksud saya, benar-benar menakjubkan. Ia merupakan satu tempoh yang ganjil dalam hidup saya. “

Saya dan Fernandes sedang sedang duduk di The Lobby Lounge, Shangri-La Hotel, ketika Fernandes sedang mengimbas kembali perkara-perkara ini.

Saya terganggu memikirkan seorang remaja berusia  15 tahun  perlu mengendalikan berita seperti itu seorang diri.

Awak  tidak kembali ke KL untuk majlis pengebumian ibu awak, saya bertanya.

 “Bapa suruh saya jangan balik. Mungkin betul  katanya ketika itu, “

“Saya tidak suka menghadiri majlis pengebumian sejak itu. Namun, saya pergi majlis pengebumian ayah saya.  Saya tak tahupun di mana kubur ibu saya. Saya rasa sebaik sahaja awak pergi, awak pergi, jadi hidup perlu diteruskan, namun memori tidak akan hilang. Saya rasa kalau saya pergi ke sana pun ia tidak akan mengubah apa-apa. “

Namun begitu, dia kemudian memberitahu: ” Sangat sukar untuk saya pulang ke rumah bercuti buat  kali pertama selepas kematian ibu saya.  Rumah itu dulu begitu penuh dengan kehidupan, namun bila dia meninggal dunia, tiada seorang pun lagi  di sana, ia benar-benar senyap. .. “katanya.

Saya menjangkakan seseorang yang bising, cakap lepas dan menunjuk-nunjuk apabila saya bertemu si “Tony Fernandes”.

Rakyat Malaysia berusia 53 tahun itu,  merupakan individu yang telah ‘mengganggu’ industri penerbangan Asia.

Permulaan Air Asia

Pada tahun 2001, Fernandes dan rakan-rakannya telah membeli sebuah syarikat penerbangan bermasalah yang  hanya mempunyai dua pesawat di Malaysia. Mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut seterusnya menjadi salah satu syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia. AirAsia kini mempunyai lebih 200 pesawat dan terbang ke 120 destinasi.

Syarikat penerbangan itu telah mengubah cara syarikat-syarikat seperti Singapore Airlines beroperasi, memaksa mereka menginjakkan kaki ke pasaran penerbangan bajet. Ia juga mengubah kehidupan  pelanggan,  membenarkan lebih ramai orang untuk terbang.

toodia_airasia
Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kini mempunyai lebih 200 pesawat serta terbang ke 120 destinasi.

Beliau juga telah mencipta nama ketika membeli kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers dan menjejakkan kaki ke dalam arena Formula One.

Personaliti Lain Fernandes

Secara peribadinya dia berbeza dari personaliti yang selalu ditonjolkannya. Semasa perbualan 80 minit kami, dia kelihatan  baik dan lucu, walaupun terasa adanya persaingan antara Malaysia dengan Singapura dalam kata-katanya.

Apabila dia bergurau- dia suka bergurau mengenai orang dan pesaing-pesaing AirAsia – ia gurauan nakal dan bukannya sombong, menawan dan bukannya merendah-rendahkan.

Kerana jadualnya yang padat, dia hanya boleh berjumpa untuk  minum petang pada pukul 5 dan dia menyebut  tentang  ibunya apabila saya bertanya sama ada dia mempunyai kenangan tentang Singapura ketika sedang membesar.

Dia melihat persekitarannya mengatakan bahawa  Shangri-La mungkin merupakan memori pertamanya tentang Singapura.

Dia dan ibunya pernah  menginap di sini selama beberapa kali dalam masa setahun untuk konvensyen Tupperware. Nama keluarga ibunya juga Fernandez tetapi dengan huruf  “z”. Dia merupakan seorang individu yang bertenaga dan guru muzik yang aktif. Semasa hayatnya dia mendirikan tadika bernama Tinkerbell.

toodia_mellowertonyfernandes
Tony Fernandes merupakan seorang yang rapat dengan ibunya ketika membesar

Dia kemudiannya menjadi peniaga Tupperware yang berjaya sebelum melibatkan diri dalam perniagaan lain – Fernandes pernah berkata perniagaan Tupperware itu telah membayar yuran pengajiannya.

Fernandes berusia tujuh atau lapan tahun apabila dia mula-mula datang ke Singapura dengan ibunya.  Mereka kerap menggunakan Malaysia-Singapore Airlines (MSA) ke Singapura, yang kemudiannya menjadi Malaysia Airline System (MAS), kini dikenali sebagai Malaysia Airlines, dan Singapore Airlines.

“Apabila ia berpecah, saya sentiasa bertengkar dengan ibu saya untuk tidak menggunakan SIA sebalikya terbang menggunakan MAS. Saya sangat patriotik orangnya. “

Mengenai Ibubapa Fernandes

Bapanya datang dari Goa, India, pernah menerima latihan sebagai seorang jurutera, latihan sebagai arkitek sebelum menjadi seorang doktor perubatan. “Bapanya saya adalah seorang yang hebat namun dia tidak aktif seperti ibu saya,” katanya.

“Saya mempunyai ibubapa yang sangat berbeza. Ibu saya adalah seorang kapitalis tegar. Kalau boleh dia akan cuba jual ais kepada orang Eskimo. Bapa saya adalah seorang doktor berhaluan kiri. Ibu pandai menjana banyak wang tetapi pada pendapat saya, ayah tidak pernah langsung didorong keuntungan. “

Perjalanan Hidup Fernandes

Beliau belajar di sekolah antarabangsa Alice Smith di KL, sebelum dihantar ke Epsom College di Surrey apabila berusia 12 tahun. Beberapa minggu pertama agak sulit baginya, namun dia dapat menyesuaikan diri .

Beliau amat meminati bola sepak dan terkejut apabila mendapati ia tidak dimainkan di sana. Sebaliknya, kanak-kanak lelaki bermain ragbi. Dia kemudian secara perlahan-lahan meminati ragbi serta bermain hoki dan kriket, namun tidak melupakan minat pertamanya iaitu bola sepak. Jadi dia memulakan pasukan bola sepak pertama sekolah itu dengan menggunakan gol ragbi sebagai gol bola sepak.

“Sukan memainkan peranan besar dalam hidup saya,” katanya. “Sukar dipercayai dengan badan ini tetapi dalam badan yang berbeza, saya agak bagus dalam sukan.”

Di sekolah berasrama penuh “buat saya percaya bahawa saya boleh lakukan apa-apa sahaja jika saya betul-betul nak,” katanya. Ia juga mendedahkan beliau kepada budaya Barat. “Jadi, saya percaya anda boleh letakkan saya di mana-mana  sahaja di dunia dan saya akan dapat menyesuaikan diri dengan semua orang”

Selepas ibunya meninggal dunia, rumah mereka di KL telah dijual untuk membiayai pelajarannya. Walaupun begitu, adik perempuannya tidak dapat merasai pendidikan British yang dia lalui, katanya denga penuh kesal.

Adiknya kini  seorang peguam yang bekerja di AirAsia dan mereka agak rapat. Bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 28 tahun.

Fernandes belajar perakaunan di London School of Economics dan bekerja dalam bidang kewangan di Richard Branson Virgin Records. Ini diikuti dengan kerjaya selama 10 tahun dengan Warner Music, yang membawanya pulang ke Malaysia. Muzik masih minat saya – “Saya mempunyai 10,000 CD” katanya. Fernandes juga minat menari.

Memori Dengan Ibu Inspirasi Kejayaan

Di Malaysialah, beliau memutuskan untuk mengejar cita-citanya untuk memiliki syarikat penerbangan. Dia sentiasa meminati lapangan terbang dan kapal terbang, malah masih ingat  keseronokan menunggu nombor penerbangan pesawat ibunya untuk dipaparkan pada papan maklumat.

Kejayaan AirAsia telah menyebabkan dia diraikan seperti bintang rock di sesetengah tempat. Adakah memenatkan baginya untuk melakukan  temubual seperti ini, saya tertanya-tanya.

“Jujurnya, kadang-kadang apabila saya berfikir tentangnya, saya  tidak mahu melakukannya (temubual). Namun apabila saya mula bercerita, saya dapat lihat muka individu-individu ini dan bagaimana saya membuat mereka ketawa, kemudian ia (temubual) menjadi lebih baik, “katanya.

Kehidupan Peribadi Fernandes

Fernandes telah melalui penceraian dan rapat dengan anak perempuannya yang berusia 23 tahun, seorang pereka grafik di Britain, serta anak lelakinya yang berusia 16 tahun yang sedang menuntut di KL. Anak perempuannya, seperti ibunya, adalah seorang “yang pandai berbicara”. Dia bercerita dengan penuh ceria  bagaimana, di parti hari jadi anaknya, “Dua orang yang paling mabuk ketika itu adalah saya dan dia. Sehinggakan kami berdua terpaksa dibawa keluar “.

AirAsia telah menjadikan beliau sangat kaya dan pada tahun lepas, Forbes menyenaraikan Fernandes sebagai individu ke-37 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai US $ 345mil (RM1.5 bilion).

Beliau  tidak rasa beliau memiliki  gaya hidup yang mewah namun tidak juga beliau  kelihatan seperti seseorang yang merancang perbelanjaan. Ketika ini beliau sedang  memakai kemeja-T murah Uniqlo dan seluar dari Marks & Spencer namun kasut berjenama mahal Church. Ada di antara rakan-rakanny yang mengatakan dia berpakaian seperti orang yang tinggal di jalanan

Beliau mempunyai Mercedes-Benz GLE dan BMW IA, namun pernah sekali,  ada seseorang cuba untuk menjual kepadanya sebuah rumah dengan 10 tempat letak kereta

“Membazir sahaja, saya sudah beritahu saya mempunyai dua buah kereta sahaja, namun mereka tak percaya,” katanya ketawa.

Rumahnya  di KL merupakan sebuah  sebuah  apartmen 5000 kaki persegi, “Saya bukannya nak menunjuk-nunjuk, tetapi apa yang anda lihat itulah hakikatnya. Kami merupakan orang yang sederhana.”

Walaupun begitu, Fernandes tidak rasa merupakan satu kewajipan baginya  mempunyai  cita rasa yang sederhana hanya kerana dia mempunyai sebuah syarikat penerbangan bajet.  Beliau mengatakan pernah menaiki kapal terbang pesaingnya, Singapore Airlines malah kelas pertama.

Fernandes bersama pesaingnya Sir Richard Brenson pengasas Virgin Airlines
Fernandes bersama pesaingnya Sir Richard Brenson pengasas Virgin Airlines

Singapore Airlines, dua minggu lalu mengumumkan bahawa ia sedang mengkaji semula perniagaannya berikutan kerugian suku pertamanya dalam tempoh lima tahun.

Apa pandangan kamu tentang bagaimana SIA boleh menyesaikan masalah itu?

“Penyelesaiannya sangat mudah. Mereka cuba untuk menguasai segala-galanya. Jawapannya adalah untuk memberi tumpuan kepada kekuatan diri.

Jenama yang cuba melakukan terlalu banyak perkara akan menghancurkan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, jenama seperti  Shangri-La tidak mempunyai jenama bajet. “

AirAsia  pernah menghadapi cabaran-cabaran besar. Yang paling teruk adalah nahas  tahun 2014, apabila Penerbangan QZ8501 terhempas serta mengorbankan 162 orang di dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Ia merupakan sesuatu yang sukar dihadapi.

Saya bertanya jika dia fikir dia lebih relaks kini, dan dia berkata “saya rasa sekarang saya berfikir dulu sebelum  memulakan bicara” . Namun begitu,  saya rasa disebabkan mulut saya,  saya berada di sini “.

Faktor Kejayaan Fernandes

Beliau tahu dirinya mempunyai kehidupan yang berlainan daripada orang lain. Beliau mengaku mempunyai zaman kanak-kanak  yang  luar biasa dan tuah memainkan peranan yang besar dalam kejayaannya. Namun begitu, dia rasa jika ingin mencapai kejayaan berfikiran postif juga penting.

“Kadang-kadang apabila bersikap positif, tuah akan  jumpa awak. Masuk akal tak? Tidak syak lagi saya dilahirkan bertuah. Jika ibu saya masih ada, saya rasa dia akan  selalu berkata kepada saya, “ Buat baik dengan orang, kebaikan itu akan kembali. “

Beliau berkata sambil ketawa, Jika ibunya masih hidup untuk melihat kejayaannya, “ibu saya akan mengadakan majlis setiap hari, kerana perkara ini sukar dipercayai”

Sumber: Straits Times

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button